Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Israel bunuh lelaki Palestin dibebas dari penjara

-

BAITULMUQA­DDIS: Seorang anggota tentera Israel yang disabit kesalahan atas tuduhan membunuh selepas dia menembak mati seorang penyerang Palestin telah dibebaskan dari penjara semalam, kata pihak tentera, selepas menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan.

Elor Azaria pada mulanya dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan bagi pem- bunuhan Abdul Fatah alSharif pada 2016 di bandar Hebron, Tebing Barat yang ditakluki Israel.

Ketua kakitangan pasukan tentera Gadi Eisenkot kemudian meringanka­n hukuman kepada empat bulan dan pada Mac lalu, sebuah lembaga parol mengarahka­n penguranga­n seterusnya.

Pihak tentera sebelum ini menyatakan Azaria dijangka akan dibebaskan pada 10 Mei.

Media Israel berkata dia dibebaskan dua hari lebih awal dari penjara tentera Tzrifim, berhampira­n Tel Aviv, bagi membolehka­nnya untuk menghadiri majlis perkahwina­n adik lelakinya.

“Saya boleh mengesahka­n bahawa dia telah dibebaskan,” kata seorang jurucakap tentera kepada AFP semalam.

Hukuman banduan di Israel selalunya diringanka­n kepada satu pertiga tempoh hukuman kerana berkelakua­n baik.

Azaria, yang berusia 19 tahun pada masa kejadian tembakan pada 2016, mula menjalani hukuman pada 9 Ogos.

Insiden tembakan telah dirakamkan dalam video oleh sebuah kumpulan hak asasi manusia dan tersebar meluas secara dalam talian.

Ia menunjukka­n Sharif, 21, terbaring dalam keadaan cedera di atas lantai, ditembak bersama seorang lagi penduduk Palestin selepas menikam dan mencederak­an seorang anggota tentera, menurut pihak tentera.

Kira-kira 11 minit selepas tembakan awal, Azaria, seorang berpangkat sarjan dan medik tentera pada masa insiden, menembak dia di kepala tanpa sebarang provo- kasi.

Dia menyatakan dia bimbang Sharif telah memakai tali pinggang bom dan akan meletupkan dirinya sendiri, satu dakwaan yang ditolak oleh hakim.

Pegawai kanan tentera telah mengecam sepenuhnya tindakan Azaria, namun ahli politik sayap kanan, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, meminta agar dia diampuni. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia