Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwa raya kanan letak jawatan selepas dituduh serang wanita

-

NEW YORK: Pendakwa raya kanan bandar raya New York dan juara awam bagi pergerakan #MeToo meletakkan jawatan kelmarin, hanya beberapa jam selepas dituduh menyerang secara fizikal empat wanita oleh The New Yorker.

Ia adalah satu kejatuhan kuasa yang mengejut bagi ketua pegawai penguatkua­saan undangunda­ng di negara ini dan seorang lawan Donald Trump yang pejabatnya telah melancarka­n beberapa cabaran perundanga­n terhadap pentadbira­n Republikan.

“Dalam tempoh beberapa jam lalu, dakwaan serius, yang saya pertikai dengan setegas-tegasnya, telah dilakukan terhadap saya,” kata Eric Schneiderm­an.

“Meskipun dakwaan ini tidak berkaitan dengan tindakan profesiona­l saya atau operasi pejabat, namun ia akan menghalang saya mengetuai kerja-kerja di pejabat pada waktu kritikal ini. Dengan itu saya meletak jawatan, berkuatkua­sa serta-merta pada 8 Mei.”

Sebelum itu, beliau mengemukak­an satu kenyataan menafikan beliau telah menyerang sesiapa dan bahawa beliau tidak pernah terlibat dalam hubungan seks bukan suka sama suka.

Dua wanita tersebut yang bercakap dengan pihak majalah dalam rekod, mendakwa Schneiderm­an telah memukul mereka beberapa kali, selalunya selepas minum, kerap kali di atas katil dan tidak pernah dengan kebenaran mereka.

Kedua- duanya mendakwa mereka mendapatka­n rawatan perubatan selepas ditampar dengan sangat kuat pada bahagian telinga dan muka, dan turut dicekik, lapor majalah itu.

The New Yorker berkata tiada seorang pun daripada wanita itu menggambar­kan keganasan itu sebagai perbuatan suka sama suka.

Pada Februari, Schneiderm­an menyaman The Weinstein Company kerana gagal melindungi pekerja daripada salah laku seks oleh taikun Harvey Weinstein di sebalik beberapa aduan daripada pekerja.

Beliau juga telah diarahkan oleh Gabenor New York Andrew Cuomo untuk “meneliti” satu keputusan pada 2015 oleh peguam daerah Manhattan untuk tidak mendakwa Weinstein atas tuduhan melibatkan serangan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia