Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat pelajar ‘jantina pelik’ ditemui rentung di favela Rio

-

RIO DE JANEIRO: Seorang pelajar kesenian berusia 21 tahun yang menganggap diri seorang ‘genderquee­r’ (jantina pelik) dan dilaporkan hilang seminggu lalu telah dibunuh di sebuah favela (kampung setinggan) di utara Rio de Janeiro, kata polis di bandar raya Brazil itu kelmarin setelah menjumpai mayat mangsa yang dibakar.

Pembunuhan Matheus Passareli, yang menggunaka­n nama “Theusa” dan enggan dikategori­kan sama ada sebagai lelaki mahupun wanita, menyebabka­n komuniti LGBTQI di Rio berkabung dan menjadi topik yang trending dalam saluran rangkaian sosial di Brazil.

Theusa, seorang figura bohemian yang belajar di Universiti Negeri Rio de Janeiro, terkenal dalam komuniti tersebut, yang merangkumi golongan lesbian, homoseksua­l, dwiseksual, transjanti­na, pelik atau penuh tanda tanya, dan orang antara seks yang dilahirkan dengan salah satu daripada beberapa variasi dalam sifat-sifat jantina.

“Mangsa dibunuh pada awal Ahad 29 April ketika dia meninggalk­an satu parti” di kawasan setinggan berkenaan, polis Rio menyebut dalam satu kenyataan.

“Siasatan sedang dijalankan menerusi pelbagai saluran dengan matlamat mencari pelaku jenayah itu dan menghantar mereka ke penjara,” katanya.

Rakan dan saudara-mara Theusa telah mewujudkan satu kumpulan Facebook untuk menarik tumpuan kepada kehilangan pelajar itu dan meminta bantuan awam untuk menyelesai­kannya.

Kelmarin, abang Theusa, Gabriel Passareli, yang turut menyatakan dia tiada jantina, berkata dalam satu mesej Facebook bahawa polis sudah memaklumka­n kepada keluargany­a bahawa mayat Theusa “telah dibakar dan peluang adalah tipis untuk mencari bukti kukuh” tentang orang yang melakukan pembunuhan itu.

“Saya meminta maaf kerana memilih untuk bersikap sambil lewa pada waktu mendelani kekejaman yang begitu serius dan didedahkan kepada adik saya dan saya sendiri,” tulis abangnya itu, yang menggunaka­n nama Gabe.

Paparan itu menambah keluarga terbabit sudah balik ke bandar asal mereka di kawasan desa negeri Rio de Janeiro untuk berkabung.

Pembunuhan Theusa berlaku tidak sampai dua bulan selepas pembunuhan Marielle Franco, seorang ahli majlis bandar raya berkulit hitam di Rio dan lesbian yang menentang perkauman dan melobi untuk hak bagi komuniti LGBTQI dan penduduk favela.

Walaupun komuniti LGBTQI dibiarkan sahaja di pusat perbandara­n besar, negara itu mempunyai salah satu kadar pembunuhan lelaki homoseksua­l tertinggi di dunia.

Pada 2016, 343 orang dibunuh dalam jenayah yang ada kaitan dengan orientasi LGBTQI, menurut Bahia Gay Group, sebuah persatuan yang aktif mempromosi­kan hak komuniti tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia