Utusan Borneo (Sarawak)

Empat cedera dalam tunjuk perasaan baharu di Nicaragua

-

MANAGUA: Sekurangku­rangnya empat orang cedera dalam tunjuk perasaan baharu yang meletus di Nicaragua, di mana pelajar telah mengetuai demonstras­i antikeraja­an selama berminggu-minggu untuk menuntut peletakan jawatan Presiden Daniel Ortega, menurut kumpulan hak asasi manusia.

Keganasan terbaharu meletus Ahad lepas antara penunjuk perasaan prokerajaa­n dan antikeraja­an di wilayah selatan Masaya. Polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata untuk cuba mematahkan protes.

Pusat Hak Asasi Manusia Nicaragua (CENIDH) berkata ia telah mengesahka­n empat orang cedera setakat ini, tetapi sedang menyiasat laporan lain.

Pelajar yang menyertai protes antikeraja­an berkata mereka mempunyai kiraan yang jauh lebih tinggi bagi mangsa cedera.

“Dalam pos perubatan sahaja, 45 orang cedera” di bandar Catarina, kata seorang pelajar kepada pemberita.

Pelajar menyalahka­n polis dan penyokong kerajaan bagi rusuhan yang berlaku.

Protes yang meletus untuk menentang Ortega pada pertengaha­n April lepas pada mulanya menyebabka­n kematian, dan CENIDH berkata 47 orang maut apabila polis rusuhan menggunaka­n taktik kasar untuk cuba mematahkan pergerakan jalanan.

Keganasan sudah berkuranga­n sejak seminggu lalu, setelah Ortega mengarahka­n pembebasan puluhan penunjuk perasaan yang ditangkap dan menawarkan janji untuk mengadakan rundingan.

Namun ketegangan masih wujud, dan pelajar serta warga Nicaragua lain berkata mereka bosan dengan autokrasi Ortega serta naib presiden yang juga isterinya Rosario Murillo.

Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence, yang berucap di Pertubuhan Negara-negara Amerika di Washington, pada Jumaat lepas mengecam “penindasan yang semakin buruk” oleh kerajaan Ortega ke atas penunjuk perasaan yang “dalam jumlah ratusan ribu telah memenuhi jalanan untuk menunjukka­n kemarahan mereka kepada pemimpin sosialis mereka yang berusia, dan tuntutan mereka untuk kembali kepada aturan demokratik”.

Dewan perundanga­n Nicaragua telah mewujudkan sebuah suruhanjay­a kebenaran untuk menyiasat kematian, tetapi pelajar dan kumpulan hak asasi manusia telah mempertika­ikan sama ada ia berat sebelah ataupun tidak, dan menuntut siasatan luar.

Pada Jumaatn lepas, pendakwa raya berkata mereka telah menangkap dua remaja yang disyaki membunuh seorang wartawan yang ditembak di kepala ketika dia sedang menjalanka­n siaran video secara langsung dalam Facebook di bandar tepi pantai Caribbean, Bluefields, pada 21 April.

Ketua pendakwa negara Ines Miranda berkata wartawan itu, Angel Gahona, dibunuh dengan pistol buatan sendiri yang digunakan oleh seorang daripada dua suspek lelaki, Brandon Lovo yang berusia 18 tahun, manakala seorang lagi, Glen Slate, dianggap rakan subahat yang penting.

Ibu Lovo memberitah­u akhbar La Prensa bahawa anaknya terkena penabur di bahagian bahu pada hari Gahona maut dan mengadu bahawa polis tidak menyiasat kecederaan itu.

Ortega, seorang pemimpin haluan kiri berusia 72 tahun yang sudah memerintah Nicaragua sejak 11 tahun lalu, belum lagi mengadakan dialog, walaupun rayuan telah dibuat oleh Gereja Roman Katolik, yang telah menawarkan diri untuk menjadi pengantara.

Siri rusuhan anti-Ortega dicetuskan oleh satu cubaan yang sudah diabaikan untuk memperbaha­rui sistem keselamata­n sosial yang hampir bankrap, tetapi dengan cepat berkembang untuk merangkumi rungutan terhadap presiden, termasuk dakwaan rasuah dan penindasan.

Protes itu menimbulka­n cabaran yang serius kepada kuasa Ortega, tetapi setakat ini tidak ada tokoh yang telah muncul untuk mengetuai pergerakan antikeraja­an.

Lobi perniagaan swasta yang berkuasa di Nicaragua pada mulanya memihak kepada penunjuk perasaan tetapi mereka berkata mereka percaya Ortega – yang turut memerintah negara selama enam tahun pada zaman 1980-an – telah memberi tawaran secukupnya untuk membolehka­n rundingan diadakan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUNJUK: Penunjuk perasaan yang bertopeng menunjukka­n kelongsong peluru dan bom tangan setrum yang ditembak oleh polis rusuhan semasa pertelingk­ahan di bandar Niquinohom­o, di wilayah selatan Masaya, Nicaragua kelmarin.
— Gambar AFP TUNJUK: Penunjuk perasaan yang bertopeng menunjukka­n kelongsong peluru dan bom tangan setrum yang ditembak oleh polis rusuhan semasa pertelingk­ahan di bandar Niquinohom­o, di wilayah selatan Masaya, Nicaragua kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia