Utusan Borneo (Sarawak)

SME Corp lulus RM1.84 juta bantu 20 usahawan Langkawi

-

LANGKAWI: Seramai 20 orang usahawan di sini menerima bantuan berjumlah RM1.84 juta daripada SME Corp Malaysia bagi membolehka­n mereka mengembang­kan perniagaan.

Surat kelulusan ini disampaika­n oleh Pengerusi SME Corp, Tan Sri Ir Mohamed Al Amin Abdul Majid dalam satu majlis yang diadakan di sini kelmarin.

Bercakap kepada media selepas majlis itu, Mohamed Al Almin berkata, kelulusan ini dibuat susulan dari program Jom Niaga dan Klinik Keusahawan­an selama 10 hari yang dianjurkan­nya bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di sini dan berakhir kelmarin.

“(Program) kita telah mendapat sambutan hangat di mana kira-kira 9,000 usahawan telah masuk dan mendengar taklimat mengenai cara berniaga yang kita adakan,” katanya.

Menurutnya, program ini juga memberi landasan kepada SME Corp untuk mendekati usahawan di sini yang sebahagian besarnya terlibat dalam perniagaan berasaskan pelanconga­n.

Mohamed Al Almin berkata, SME Corp mungkin membuka pejabatnya di Langkawi berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Na- jib Tun Razak baru-baru ini untuk menubuhkan sebuah Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di sini.

“Kemungkina­n kita akan jadikan pejabat ini nanti (di UTC yang dicadangka­n) sebagai satu pusat sehenti yang dapat membantu usahawan di sini menyelesai­kan urusan mereka di bawah satu bumbung,” katanya.

“Kita rasa perlu untuk kita mencari jalan ( untuk menubuhkan pejabat di Langkawi) supaya mereka (usahawan Langkawi) dapat juga mengecapi nikmat seperti bantuan kewangan yang diuruskan SME Corp,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia