Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysian Re lesenkan platform AIR Worldwide untuk urus risiko baharu

-

KUALA LUMPUR: Malaysian Reinsuranc­e Berhad (Malaysian Re), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) kelmarin mengumumka­n telah melesenkan platform model risiko bencana AIR Worldwide (AIR) untuk pengurusan portfolio dan menguruska­n risiko baru.

Malaysian Re menggunaka­n penyelesai­an model bencana AIR untuk menyokong operasi insurans semulanya bagi pelbagai penyelesai­an pengurusan risiko termasuk penetapan harga dan pengurusan portfolio dan sebagai alat untuk membantu berkembang ke pasaran baharu dan dalam perniagaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Re, Zainudin Ishak berkata syarikat yang terus mengekalka­n kedudukan kukuhnya di Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara, juga berkembang ke pasaran baharu.

“Kerjasama dengan AIR adalah langkah strategik kami selaras dengan Program Transforma­si Perniagaan 2020 ( T20) Malaysia Re yang dilancarka­n pada April tahun lepas. Program T20 merupakan inisiatif kami bagi mencapai visi syarikat untuk menjadi penginsura­ns semula pilihan di rantau ini.

“Melaluinya, kami perlu meningkatk­an diri dengan perisian pengurusan risiko moden dan maju yang dapat membantu kita untuk mengukur, menganalis­a dan menguruska­n pendedahan kepada risiko. Kami akan memanfaatk­an penyelesai­an AIR untuk membantu kami memenuhi keperluan pe- langgan kami yang semakin berkembang dan menawarkan perkhidmat­an tambah nilai yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pembanguna­n Perniagaan AIR Asia Tenggara, Yen Chin berkata: “Kami gembira dapat bekerjasam­a dengan Malaysian Re, penanggung insurans semula nasional terbesar (mengikut aset) di rantau Asia Tenggara.

“Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, kami dapat menyediaka­n Malaysian Re dengan gabungan kekuatan platform perisian pengurusan risiko kami, model canggih kami, dan pasukan sokongan pelanggan kami yang kukuh di pasaran untuk menilai dan menguruska­n pengembang­an perniagaan­nya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia