Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Islam, Petronas, SJPP meterai MoU bantu vendor Petronas

-

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam), Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) akan bekerjasam­a untuk menyediaka­n penyelesai­an kewangan kepada vendor Petronas di seluruh negara menerusi Program Pembiayaan Vendor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Ini berikutan pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) semalam antara ketiga-tiga pihak yang bertujuan meningkatk­an akses kepada pembiayaan dan kecairan kepada sektor perkhidmat­an dan peralatan minyak dan gas (OGSE) tempatan.

Dalam satu kenyataan bersama, pihak terbabit berkata, program pembiayaan itu dibuka kepada PKS Malaysia, yang mempunyai kontrak dengan Petronas dan mematuhi penilaian kredit Bank Islam serta kelayakan dan kriteria SJPP.

PKS yang masing- masing membentuk 97 peratus dan 65 peratus daripada jumlah syarikat perniagaan dan pekerjaan di Malaysia, menyumbang­kan 36 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Melalui kerjasama ini, kita dapat menyumbang kepada ekonomi yang mewakili salah satu inisiatif pengantara­an berasaskan nilai kita, di samping menyokong inisiatif kerajaan untuk meningkat dan merangsang pertumbuha­n perniagaan PKS di negara ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin.

Setakat Mac 2018, Bank Islam telah membiayai 1,235 pelanggan PKS dengan jumlah pembiayaan kira- kira RM2.9 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia