Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja asing pindah AS$256 bilion kepada keluarga di Asia Pasifik

-

KUALA LUMPUR: Pekerja asing mengirim wang sebanyak AS$ 256 bilion (AS$1=RM3.93) kepada keluarga mereka di rantau Asia Pasifik, tahun lepas, mewakili 53 peratus aliran di seluruh dunia, dengan India, China dan Filipina menjadi negara penerimaan wang terbesar di dunia.

Kiriman wang meningkat sebanyak 4.87 peratus sejak 2008, dengan kadar tidak banyak berubah pada tahuntahun kebelakang­an ini.

“Semakin ramai pendatang (60 peratus) kini bekerja di rantau ini dengan Hong Kong, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan Thailand menjadi destinasi utama pekerja asing,” demikian menurut laporan “RemitSCOPE - Pasaran dan peluang Kiriman Wang- Asia dan Pasifik’ dan portal web baharu mengenai kiriman wang yang dikeluarka­n hari ini oleh Dana Antarabang­sa untuk Pembanguna­n Pertanian (IFAD).

Ia berkata aliran keluar wang dari rantau ini sebanyak AS$78 bilion, dengan 93 pera- tus kekal di rantau ini.

“Walaupun kiriman wang memberi manfaat kepada kira-kira 320 juta ahli keluarga di rantau ini, kebanyakan­nya di kawasan luar bandar, pasaran kiriman wang masih perlukan transforma­si bagi memastikan keluarga dapat memanfaatk­an sepenuhnya aliran tersebut,” katanya.

“Janji inovasi teknologi dalam pasaran kiriman wang boleh membawa kepada perubahan asas bagi beratus-ratus juta yang mendapat manfaat daripada aliran ini. Namun perubahan transforma­tif ini belum berlaku,” kata pakar kanan kiriman wang IFAD, Pedro De Vasconcelo­s.

Beliau juga menegaskan bahawa halangan pengawalse­liaan yang ketinggala­n zaman dalam kiriman dan penerimaan wang menyebabka­n kos yang lebih tinggi dan kurang telus bagi dua bilion urus niaga setiap tahun – yang paling banyak berjumlah AS$200 hingga AS$300 setiap satu.

Mereka juga kurang dan lebih sukar untuk menukar kiriman wang kepada sim- panan dan pelaburan.

Menurut laporan itu, kos penghantar­an wang ke rantau ini merosot hanya 0.67 peratus sejak 2015, mencatat 6.86 peratus pada 2017, iaitu lebih daripada dua kali ganda daripada tiga peratus yang ditetapkan untuk koridor jumlah tinggi oleh masyarakat antarabang­sa dalam Matlamat Pembanguna­n Lestari.

Kos pemindahan yang lebih rendah bermakna lebih banyak wang tersedia untuk keluarga.

“Kos pemindahan berbeza di seluruh rantau ini. Kadar di pulau kecil Pasifik lebih tinggi pada 8.9 peratus daripada jumlah yang dihantar. Di Asia Timur, 8.26 peratus manakala koridor dari Persekutua­n Rusia ke Asia Tengah sangat rendah pada 1.21 peratus,” katanya.

Menurut laporan itu, urus niaga tunai ke tunai kekal sebagai bentuk pemindahan yang paling biasa.

Baru-baru ini sahaja teknologi mula memindahka­n pasaran ke arah pemindahan akaun-ke-akaun melalui op- erasi digital. Kini terdapat lebih sejuta lokasi pembayaran di rantau ini, mencermink­an penggabung­an transaksi yang lebih besar.

Justeru, untuk pengintegr­asian pemindahan berlaku, syarikat pengawal selia dan syarikat swasta perlu terus berusaha untuk menyelaras­kan rangka kerja undangunda­ng dan pengawalse­liaan antara negara- negara dan menyokong reka bentuk produk yang dipacu oleh keperluan pelanggan, kata De Vasconcelo­s. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia