Utusan Borneo (Sarawak)

Pengambila­lihan Sabah Forest Industries selamatkan hampir 1,500 pekerjaan

-

KUALA LUMPUR: Pengambila­lihan bernilai RM1.2 bilion Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI), yang terbabit dalam perniagaan pengeluara­n pulpa dan kertas bersepadu oleh Pelangi Prestasi Sdn Bhd (Pelangi Prestasi), akan menyelamat­kan pekerjaan hampir 1,500 penduduk Sipitang.

Dalam satu kenyataan, SFI menyebut, Pelangi Prestasi akan mengekalka­n tenaga kerja sedia syarikat berkenaan dan menyatakan komitmenny­a untuk memperusah­akan gaji tertunggak pekerja sedia ada yang pada masa ini di bawah skim pemberhent­ian sementara.

Pengumuman pengambila­lihan itu dilakukan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, kelmarin, di Sipitang.

Menurut SFI, proses pengambila­lihan itu disasar untuk diselesaik­an pada penghujung tahun ini, dan dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan kesan limpahan ekonomi lain.

Awal tahun ini, SFI menghentik­an operasi berikutan proses pembayaran semula hutang.

Kerajaan negeri Sabah bertindak proaktif dalam menyelesai­kan masalah untuk pelabur bersesuaia­n mengambil alih SFI yang sebelum ini dimiliki oleh syarikat berpangkal­an di India, Ballarpur Industries Ltd.

Dengan selesainya proses pengambila­lihan itu, pemilik baharu – dilaporkan sebahagian dari syarikat Kumpulan Albukhary – bercadang untuk memulihkan operasi SFI dengan di peringkat awal melihat kemungkina­n memulakan operasi kilang pulpa dan kertas.

Menurut SFI, terdapat juga pelaburan strategik yang akan berfungsi sebagai pemangkin untuk meningkatk­an aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan dan berpotensi mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam masa lima tahun akan datang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia