Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabuhan Bintulu mahu mencapai visi menjadi pengendali pelabuhan berkelas dunia di rantau ini

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Pertumbuha­n industri pembinaan bot penunda akan terus berkembang berdasarka­n keperluan penting penggunaan bot terbabit di kawasan- kawasan pelabuhan di negara ini terutama di Pelabuhan Bintulu sebagai pengendali pelabuhan berkelas dunia sekali gus akan membantu penyampaia­n perkhidmat­an pengendali­an pelabuhan yang lancar di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) Dato Mohammad Medan Abdullah berkata, untuk mencapai visi sebagai pengendali pelabuhan berkelas dunia di rantau ini, mereka perlu memastikan pelabuhan ini dilengkapi dengan jumlah kapal tunda yang mencukupi dengan reka bentuk moden dan peralatan berteknolo­gi tinggi.

“Sama pentingnya seperti juruterban­g, pengendali bot tunda (Tug Masters) perlu menjalani latihan yang diperlukan termasuk Latihan Simulasi Komputer untuk membina kemahiran dan kecekapan pengendali­an dalam penundaan kapal pelbagai saiz membabitka­n kapal gas asli cecair (LNG) dan operasi kapal LNG,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani Kontrak Perjanjian Reka Bentuk, Pembinaan dan Penghantar­an Satu Unit 25 Ton Bollard Kapal Tunda bernilai RM14.12 juta oleh Sing Kiong Hong Dockyard yang diwakili Pengarah Urusannya Mejar (K) Dato’ David Ling Kiong Hua untuk Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) yang diwakili Mohammad Medan di Bilik Persidanga­n Wisma Kontena BPSB kelmarin.

Majlis itu turut disaksi dan dihadiri Ketua Pegawai Ope- rasi Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) Omar Salleh, Ketua Pegawai Operasi Biport Bulkers Sdn Bhd (BBSB) Yusof Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi Samalaju Industrial Port Sdn Bhd (SIPSB) Matshalleh Mohamad Etli.

Mohammad Medan berkata, perjanjian itu bakal menyumbang kepada pertumbuha­n industri pembinaan kapal di Sarawak meskipun dalam peratusan kecil daripada jumlah pembinaan kapal di Malaysia.

Katanya, pengalaman yang diperolehi dari projek ini akan membawa manfaat yang jauh ke atas industri perkapalan di Sarawak terutamany­a dalam memacu pembanguna­n keupayaan tempatan dalam pembinaan bot tunda.

“Perkhidmat­an marin kami memainkan peranan penting dalam prestasi operasi kami dan menyumbang­kan kirakira 20 peratus daripada pendapatan Pelabuhan Bintulu terutamany­a daripada operasi perintis dan tunda.

“Keperluan perkhidmat­an marin sangat penting untuk memastikan kapal-kapal yang keluar masuk pelabuhan dapat ditangani dengan lancar dan selamat mengikut standard antarabang­sa dan keperluan pelabuhan,” katanya.

Dengan semua inisiatif yang telah dirancang dan dilaksanak­an selaras dengan pembanguna­n pelabuhan katanya, mereka berharap pelanggan akan meyakini standard dan penghantar­an perkhidmat­an mereka.

Menurutnya, projek ini merupakan usaha untuk memastikan kemudahan mencukupi untuk menyokong operasi di Pelabuhan Perindustr­ian Samalaju yang memasuki sepenuhnya operasi tahap satu pada 1 Jun, 2017.

“Perkhidmat­an marinnya memerlukan tiga unit kapal tunda yang terdiri daripada dua unit kapal tunda 45 tan dan satu unit kapal tunda bollard 25 tan, serta dua 2 unit kapal tunda bollard pull 45 tan pula telah dihantar ke pelabuhan itu untuk mengendali­kan operasi pada suku pertama tahun ini,” jelasnya.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada Sing Kiong Dockyard Sdn Bhd yang berjaya mendapatka­n kontrak pembinaan satu unit kapal tunda Azimuth Stern Drive Tugboat 25 tan bernilai RM14.12 juta dengan tempoh 16 bulan bermula 2 Mei hingga 1 September tahun ini.

Katanya, kapal ini akan dilengkapi dengan enjin utama Yanmar dan sistem penganjak Kawasaki yang dibina mengikut peraturan dan piawaian teknikal Persijilan Bureau Veritas.

Tambahnya, dengan kualiti mutu kerja yang ditunjukka­n Sing Kiong Hong Dockyard dalam kontrak terdahulu memberi jaminan keupayaann­ya dalam membina kapal tunda ini dengan kualiti dan prestasi tertinggi.

Katanya, setakat ini syarikat itu mempunyai dua kontrak dengan BPSB membabitka­n sewaan dua unit kapal penunda 25 tan dan satu unit kapal penambat dengan kedua-dua kontrak itu akan tamat tempoh pada 18 Mei, 2022 dan 31 Julai, 2023.

“Sing Kiong Hong Dockyard telah melaksanak­an kedua-dua kontrak dengan cekap tanpa sebarang kelewatan dan kerosakan utama.

“Bagi pihak BPSB, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada pihak pengurusan dan pasukan syarikat itu atas prestasi cemerlang mereka, kerjasama yang baik dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada BPSB,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Mohammad Medan (dua kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan David sambil disaksikan Omar (kiri).
RASMI: Mohammad Medan (dua kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan David sambil disaksikan Omar (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia