Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Komersial Hang Tuah Melaka beri manfaat kepada penduduk Melaka

-

KUALA LUMPUR: Pembanguna­n Pusat Komersial Hang Tuah Melaka (HTMCC) akan memberi manfaat yang besar kepada penduduk Melaka dengan meningkatk­an status sosioekono­mi mereka.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Datuk Zainal Hussin berkata ini disebabkan projek yang bernilai RM5 bilion itu akan mewujudkan lebih 100,000 pekerjaan, membuka peluang perniagaan, mencantikk­an lagi bandar bersejarah itu dan membawa kepada kemasukan pelancong.

Beliau berkata HTMCC akan merangkumi pusat pentadbira­n baharu di Hang Tuah Jaya selain menempatka­n bangunan UMNO dan MARA.

Ia akan memberi prospek yang baik kepada generasi TN50 berikutan ia akan menumpukan kepada pembanguna­n akademik.

Ini berdasarka­n kepada projek itu yang akan menempatka­n hab akademik terdiri daripada institusi pengajian tinggi yang telah ditubuhkan di sini seperti Universiti Teknologi MARA dan Uni- versiti Teknikal Malaysia Melaka, dan menarik yang baharu untuk mewujudkan operasi di sini, katanya dalam temu bual semalam.

Apabila siap sepenuhnya, katanya akan terdapat kirakira 50,000 pelajar yang akhirnya akan berkembang menjadi bandar pintar.

HTMCC terletak di sekitar Jalan Hang Tuah, Jalan Tun Ali, Pengkalan Rama, Kampung Morten hingga ke Melaka Sentral, melibatkan pasar raya besar, hab pengangkut­an dan tarikan pelancong.

Projek itu akan turut membabitka­n pembanguna­n infrastruk­tur dan membuka ruang rekreasi di sepanjang Sungai Melaka, katanya dalam kenyataan yang mengandung­i petikan temu bual itu.

Pembanguna­n pusat komersial yang meliputi 700 ekar itu merupakan langkah kepada pembanguna­n yang seimbang di negeri itu berikutan sebelum ini dilakukan di kawasan penambakan laut.

Unit komersial, yang termasuk institusi pendidikan, akan merangkumi 30 peratus daripada pembanguna­n secara keseluruha­n, 30 peratus kediaman, 20 peratus infrastruk­tur dan utiliti dan 15 peratus kawasan hijau untuk taman rekreasi.

“Ia merupakan projek bersepadu berimpak tinggi yang akan memberi manfaat kepada rakyat negeri itu untuk beberapa tahun akan datang berikutan projek tersebut akan siap pada 2050,” kata Zainal.

Potensi pelanconga­n di Melaka akan dipertingk­atkan dengan pembanguna­n ‘De’ Sungai’ -- iaitu konsep pembanguna­n melibatkan sungai di bawah bangunan.

Ia akan meningkatk­an jumlah pelancong ke Melaka dengan ketara daripada jumlah ketibaan semasa sebanyak 16.75 juta setahun.

Ditanya mengenai kebimbanga­n terhadap pencemaran sungai, beliau memberi jaminan Sungai Melaka tidak akan tercemar, dengan menyatakan, “Kami sayang sungai kami.”

Beliau menjelaska­n sebelum ini, terdapat sungai di belakang rumah, tetapi di bawah konsep moden, sungai berada di hadapan rumah, yang juga terdapat kafe. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia