Utusan Borneo (Sarawak)

Boustead Plantation­s mahu beli tanah, kilang sawit RM433 juta

-

KUALA LUMPUR: Boustead Plantation­s Bhd (BPB) bercadang membeli tanah ladang sawit seluas 5,500 hektar dan sebuah kilang minyak sawit dengan kapasiti pengeluara­n 60 jam satu tan di Sabah yang bernilai RM433 juta.

Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada strategi menyeluruh BPB bagi meningkatk­an jumlah simpanan tanah miliknya, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.

Susulan itu, kumpulan itu menerusi anak syarikat milik penuhnya, Boustead Rimba Nilai Sdn Bhd, telah mengeluark­an surat hasrat (LOI) membabitka­n cadangan pengambila­lihan tanah dan kilang tersebut.

Ini juga menyusuli rancangan kumpulan itu membeli tanah seluas 11,600 hektar di Labuk dan Sugut, Sabah.

Apabila selesai, ini akan menjadikan jumlah simpanan tanah ladang kumpulan itu meningkat sebanyak 6.0 peratus kepada 98,900 hektar berbanding 93,400 hektar dan sekali gus menjadikan keluasan tanah ditanam bertam- bah daripada 75,000 hektar kepada 79,000 hektar.

Naib Pengerusin­ya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata BPB akan mendapat manfaat dari segi skala ekonomi yang lebih besar berikutan lokasi ladang tersebut yang terletak berhampira­n dengan ladang sedia ada milik kumpulan itu di Sabah.

“Kami bukan setakat mampu mengurangk­an kos operasi, tetapi dapat menikmati peluang penjimatan kos membabitka­n pembinaan sebuah kilang sawit yang baharu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia