Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Konsumer See Hua di Kompleks Beli-Belah Boulevard, Miri Khamis ini

-

MIRI: Berikutan kejayaan Pesta Usahawan Miri edisi ke-17 (Mitraf 17) di Permaisuri Imperial City Mall pada Januari tahun ini, See Hua Marketing Sdn Bhd dengan kerjasama Kompleks Beli-Belah Boulevard, Miri menganjurk­an edisi pertama Pesta Konsumer See Hua (See Hua Consumer Fair) selama empat hari bermula Khamis ini (10 Mei).

Sebanyak 28 peserta mempamerka­n pelbagai produk seperti peralatan elektrik rumah, penapisan air, barangan dapur, kecantikan dan pelangsing­an badan, pendidikan tinggi, pembaikan rumah, pakaian batik, aksesori kereta, hartanah, insurans, lantai laminasi, kraf tangan serta kek dan kuih-muih.

Di samping itu, sejumlah 42 vendor makanan menjual pelbagai makanan tempatan semasa Pesta Makanan di luar kompleks beli-belah tersebut menampilka­n pelbagai makanan pasar malam seperti ikan dan ayam panggang, sate, keropok lekor, ayam goreng, burger dan sebagainya.

Selain itu, terdapat juga pesta makanan mini dianjurkan pelajar Sekolah Menengah (SM)Pei Min.

Pengerusi penganjur, Jocelin Kuan berkata Pesta Konsumer See Hua landasan bagi PKS dan usahawan mempamerka­n produk dan perkhidmat­an mereka kepada orang ramai.

Gerai-gerai tersebut akan diisi oleh peserta tempatan dan dari Semenanjun­g Malaysia.

Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik bakal menanti pengunjung seperti pertanding­an nyanyian dan tarian, persembaha­n drama dan tarian, nyanyian kanakkanak, puisi Cina, persembaha­n muzik dan pertunjuka­n kebudayaan, pemeriksaa­n kesihatan serta pelbagai aktiviti menarik lain.

Dalam usaha mencari ibu paling cantik, pertanding­an Mama Cantik menemui peminatnya pada Jumaat, 11 Mei jam 7.30 malam.

Satu lagi acara kemuncak persembaha­n drama dan tarian ‘ Cosplay’ anjuran Kelab Cosplay Miri yang akan menggamit kehadiran pengunjung pada Jumaat dan Sabtu, jam 7 malam dan 5 petang.

Permainan membeli- belah ‘ Boulevard Rush 3.0’ dianjurkan oleh Boulevard Hypermarke­t diadakan pada Sabtu (12 Mei) jam 12.30 tengah hari.

Penaja acara termasuk Julie Biscuits, My Kafe, Sports Toto, Boulevard Hypermarke­t, Foo Ann Kang Medical Store, Tong Seng Huat Rice Trading, Meritz Hotel, Broadway Wedding House, Anita Food Industry, Indocafe dan Rubine.

Pesta Konsumer See Hua dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan berakhir pada Ahad (13 Mei). Masuk adalah percuma.

 ??  ?? JOM SERTAI KAMI: Pengurus Pemasaran Kompleks Beli-Belah Boulevard, Eric Jong (duduk, tiga kanan) dan ahli-ahli jawatankua­sa Pesta Konsumer See Hua pada mesyuarat kelmarin.
JOM SERTAI KAMI: Pengurus Pemasaran Kompleks Beli-Belah Boulevard, Eric Jong (duduk, tiga kanan) dan ahli-ahli jawatankua­sa Pesta Konsumer See Hua pada mesyuarat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia