Utusan Borneo (Sarawak)

Lantik pegawai perhubunga­n di gereja, selaras urusan keselamata­n

-

PENAMPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat memperluas perkhidmat­an keselamata­n dengan melantik pegawai perhubunga­n gereja.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, pihaknya akan menempatka­n seorang pegawai perhubunga­n gereja bagi menyelaras­kan urusan keselamata­n.

Menurutnya, sebelum ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melantik pegawai perhubunga­n sekolah dan juga masjid.

Justeru katanya, penempatan pegawai perhubunga­n gereja akan membantu memaksimum­kan lagi perkhidmat­an PDRM dalam masyarakat.

“PDRM kontinjen Sabah mempunyai ramai pegawai dalam kalangan penganut agama Kristian.

“Sehubungan itu, kita wujudkan pegawai perhubunga­n gereja agar setiap masalah dan kemusykila­n berkaitan urusan keselamata­n lebih mudah diselarask­an,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Acara Sembahyang Kristian Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 Tahun 2018 di Gereja St Michael di sini pada Ahad.

Ramli berkata, pegawai berkenaan akan datang ke gereja setiap sekali atau dua kali sebulan untuk bertanya dan berbincang terutama hal yang melibatkan keselamata­n di gereja.

Menurutnya, walaupun Sabah keseluruha­nnya tidak ada masalah, tetapi pihaknya tidak mengambil mudah terhadap perkara itu.

“Kita berhasrat untuk beri perkhidmat­an yang semaksimum mungkin kepada masyarakat.

“Itulah sebabnya kita fikirkan apa juga ruang yang boleh diambil bagi memenuhi aspirasi ini,” katanya.

 ??  ?? PERLUAS PERKHIDMAT­AN: Ramli (dua kanan) melawat tapak pameran Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 Tahun 2018 di Gereja St Michael.
PERLUAS PERKHIDMAT­AN: Ramli (dua kanan) melawat tapak pameran Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 Tahun 2018 di Gereja St Michael.
 ??  ?? BAPA CONTOH: Mojinul menerima anugerah Tokoh Ibu Bapa SMK Bandau 2018.
BAPA CONTOH: Mojinul menerima anugerah Tokoh Ibu Bapa SMK Bandau 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia