Utusan Borneo (Sarawak)

Mojinol dianugerah Tokoh Ibu Bapa Cemerlang SMK Bandau

-

KOTA MARUDU: Mojinol Iku dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Ibu bapa Cemerlang SMK Bandau atas pengorbana­nnya membawa keluarga berhijrah dari tanah kelahiran mereka di Kampung Sonsogon Magandai sematamata untuk menyekolah­kan anak-anak.

Penganuger­ahan itu didukung pencapaian enam anak beliau yang cemerlang di sekolah di samping pencapaian dua anaknya, Kartina dan Kaslina yang kedua-duanya cemerlang SPM di SMK Bandau dan seterusnya cemerlang peringkat STPM di SMK Tandek.

“Terdapat banyak contoh kejayaan dan setiap kecemerlan­gan ditandai oleh usaha gigih, tekad dari dalam diri serta sokongan ibu bapa dan bimbingan guru-guru,” kata Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Rahim Tapah.

Mojinol selama menye- kolahkan anak-anak bekerja sebagai buruh ladang di Kampung Damai dan penghijrah­an beliau bersama keluarga memperoleh berkat apabila anak-anak memanfaatk­an sepenuhnya kemudahan pendidikan yang terdapat di persekitar­an tempat penghijrah­an mereka.

Majlis Anugerah Cemerlang SMK Bandau merupakan program penting yang diadakan setiap tahun di mana tahun ini telah memasuki kali ke-17 penganjura­nnya bagi mengiktira­f kecemerlan­gan pelajar, ibu bapa, guru-guru dan sekolah.

Rahim meminta pelajar, ibu bapa dan guru-guru agar terus memainkan perananan meningkatk­an pencapaian akademik selaras dengan matlamat kementeria­n pendidikan mahu memartabat­kan bidang pendidikan Malaysia di persada antarabang­sa.

“SMK Bandau yang mempunyai lebih seribu pelajar memiliki rekod tersendiri dalam mencapai kejayaan pelbagai bidang meliputi peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabang­sa,” katanya.

Terdahulu, Pengetua SMK Bandau Halim Bidin dalam ucapannya menyebutka­n sekolah itu menjadi johan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah yang telah memasuki kelima tahun berturut-turut, johan keceriaan dan kebersihan bilik air peringkat negeri.

SMK Bandau juga katanya, menyumbang emas Majlis Sukan Sekolah Peringkat Negeri dalam acara padang, balapan dan tarik tali, menyertai kejohanan ‘indoor game’ di Guangdong China dan sedang mempersiap­kan penyertaan dalam pelbagai kejohanan akan datang.

Anugerah turut disampaika­n kepada guru-guru, persatuan dan pekerja sekolah yang secara langsung menyumbang kemajuan dan kecemerlan­gan sekolah.

 ??  ?? RASMI: Musbah mengalihka­n padi ke dalam ‘wakid’ sebagai gimik perasmian Pesta Monguyas Torutip dan Ulang Tahun Tobisa Ke-30.
RASMI: Musbah mengalihka­n padi ke dalam ‘wakid’ sebagai gimik perasmian Pesta Monguyas Torutip dan Ulang Tahun Tobisa Ke-30.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia