Utusan Borneo (Sarawak)

Rompak berkumpula­n bersenjata, warga asing kena 10 tahun satu sebat

-

KOTA KINABALU: Dua lelaki warga asing yang bersenjata­kan sebilah pisau, ketika melakukan rompakan berkumpula­n dikenakan penjara 10 tahun dan satu sebat.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Abdullah Agani, 40, dan Radit Abdullah, 31, yang masing-masing tidak memiliki dokumen selepas mengaku bersalah.

Mereka yang bersenjata dengan niat bersama merompak seorang lelaki Thie Ting Yau, 51, pada 20 April jam 3.30 pagi di sebuah ru- mah, Taman Tanaki, daerah Penampang.

Semasa melakukan kesalahan itu, mereka merampas dua telefon pintar, jam tangan, sebuah komputer riba, wang HKD 4,000 dan RM500 milik mangsa.

Kedua-dua tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dihukum mengikut Seksyen 397 kanun sama, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Semasa rayuan, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman mereka diringanka­n.

Selain itu, mereka juga menyatakan perlu menanggung keluarga di samping mempunyai ibu yang sudah tua, dan berjanji tidak mengulangi kesalahan sama.

Bagaimanap­un Pegawai Pendakwa Cif Insp Lim Swee Beng meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap Abdullah dan Radit.

Mahkamah memerintah­kan mereka menjalani pemenjaraa­n itu, serentak dengan hukuman bagi kesalahan mengikut Akta Imigresen kerana memasuki negara ini secara haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia