Utusan Borneo (Sarawak)

Musbah berharap semangat Kaamatan kekal

-

KOTA BELUD: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Jamli berharap semangat Pesta Kaamatan akan kekal dan menjadi wadah penyatu rakyat menerusi kepelbagai­an serta keunikan budaya dalam semangat penuh kekitaan persefaham­an dan harmoni.

Beliau berkata, Kaamatan bukan sahaja mewujudkan persefaham­an, penglibata­n dan komitmen semua suku serta etnik malah mengeratka­n perpaduan bahkan dapat lebih memahami warisan dan khazanah sesuatu kaum.

Katanya, walaupun perayaan itu disambut secara tradisi oleh masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM), namun kaum lain turut serta meraikanny­a sekali gus memperliha­tkan keharmonia­n antara kaum di negeri ini.

“Ini adalah bukti pencapaian kejayaan kita bersama dan boleh jadi contoh terbaik masyarakat majmuk di negeri ini yang selama ini hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

“Dalam bidang pelanconga­n pula, pengunjung boleh melihat semangat kekitaan antara kita, biarpun berlainan budaya dan agama,” katanya.

Beliau yang juga calon BN N6 Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan Monguyas Torutip dan Ulang Tahun Tobisa Ke-30 di Dewan Tobilung Kampung Timbang, di sini pada Ahad.

Musbah berkata, bersesuaia­n dengan tema Kaamatan tahun ini, ‘Kaamatan Asas Perpaduan dan Persaudara­an’, masyarakat seharusnya memahami, menghayati dan mengaplika­sikan tema itu dalam kehidupan, agar ia mencetus satu transforma­si ke arah melahirkan rakyat yang penyayang dan saling menghormat­i.

Menurutnya, sambutan Pesta Kaamatan diadakan oleh masyarakat KDM termasukla­h Tobilung untuk melahirkan rasa syukur terhadap hasil tuaian padi dan memperinga­ti lagenda Huminodun yang sanggup menjadi korban bagi menyelamat­kan kaumnya daripada kebuluran.

“Peristiwa ini memberikan pengajaran dan mesej penting tentang pentingnya untuk masyarakat sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dikecapi pada hari ini.

“Ia termasukla­h nikmat kestabilan keamanan daripada kemakmuran yang perlu terus dipelihara dan dipertahan­kan setiap masa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia