Utusan Borneo (Sarawak)

PENGUNDI PENENTU SEGALANYA

Keputusan parti mana diberi mandat meneruskan pentadbira­n negara diketahui tengah malam ini.

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Selepas berkempen dan cuba meyakinkan pengundi selama 11 hari sejak 28 April lepas, keputusan parti mana yang diberi mandat oleh majoriti rakyat Malaysia meneruskan pentadbira­n negara akan diketahui pada tengah malam ini.

Sejumlah 222 kerusi Parlimen dipertandi­ngkan di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang diberi jolokan sebagai ‘ibu segala pilihan raya’.

Di Sarawak, 31 kerusi dipertandi­ngkan dengan jangkaan Barisan Nasional (BN) tidak berhadapan masalah untuk memenangi kebanyakan daripada kerusi tersebut.

Menjelang tengah malam ini, pilihan seramai 1,220,960 pengundi di Sarawak akan diketahui.

Sejumlah 1,838 pusat mengundi dengan 2,990 tempat mengundi dibuka seawal jam 8 pagi hingga 5 petang hari ini di seluruh Sarawak.

Pada PRU13, BN memenangi 133 kerusi menerusi sumbangan kerusi di Sarawak dan Sabah sebanyak 47 kerusi.

Pada masa itu, Sarawak menang di 25 kerusi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin mampu menambah bilangan kemenangan itu kepada 28 kerusi — bersandark­an kepada keupayaan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang bertanding di tujuh kerusi.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pimpinan Abang Johari yang bertanding di 14 kerusi, dijangka akan mengekalka­n kemenangan di semua tempat. Bagaimanap­un, wujud persaingan sengit di Puncak Borneo.

SUPP bertanding di Parlimen Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri.

Pada PRU13, SUPP cuma menang di Serian — kerusi majoriti Bumiputera.

Pada kali ini, BN menaruh harapan untuk menang di tiga kerusi yang mungkin Stampin, Sarikei, Miri atau Sibu.

Ramai pemerhati politik berpendapa­t SUPP dijangka menang di Sarikei, begitu juga di Miri berdasarka­n sentimen semasa di kawasan.

Stampin, bagi Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian, ia merupakan pertanding­an sengit dengan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen.

Veteran PBB Datuk Peter Minos yang sering mengikuti ceramah SUPP menyatakan Dr Sim akan menang berdasarka­n dua faktor – keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 yang memihak kepada parti itu di dua kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen berkenaan Batu Kawah dan Batu Kitang, dan faktor usaha gigih SUPP meyakinkan pengundi yang merangkumi kira-kira 35 peratus pengundi Bumiputera, selebihnya pengundi Cina.

Parti Rakyat Sarawak (PRS) bertanding di enam kerusi.

Parti pimpinan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing itu menampilka­n dua muka baharu iaitu di Lubok Antu dan Selangau.

Lantas ia menimbulka­n spekulasi akan wujud saingan hebat bagi calonnya, Robert Pasang Alam dan Rita Insol.

Bagi Parti Demokratik Progresif (PDP) yang bertanding di empat kerusi — Mas Gading, Saratok, Bintulu dan Baram — persaingan sengit dikatakan berlaku di Saratok dan Baram yang masing-masing menampilka­n Subeng Mula dan Anyie Ngau.

Pakatan Harapan ( PH) juga yakin akan memenangi pilihan raya ini dengan menampilka­n tokoh mereka Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun.

Di Sarawak, DAP bertanding menggunaka­n logo mereka sendiri manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding atas logo PKR. Tidak seperti di Semenanjun­g Malaysia, semua menggunaka­n logo PKR.

DAP seperti kebiasaan, berpengaru­h di bandarband­ar atau lebih spesifik di Bandar Kuching, Sibu dan Lanang.

Chong pada PRU kali ini bertukar kerusi ke Stampin dan meninggalk­an Bandar Kuching untuk anak didiknya Dr Kelvin Yii.

DAP bertanding di sembilan kerusi dan PKR (21).

Parti Islam Se- Malaysia (PAS) bertanding di lima kerusi, Parti Reformasi Negeri (3), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (1), Sarawak Peace Party (2), Parti Bumi Kenyalang (1) dan BEBAS (5).

Sejauh mana keupayaan parti lawan BN di Sarawak pada kali ini, keputusan rasmi akan diketahui pada malam ini.

Penganalis­is Politik Profesor Madya Dr Jeniri Amir daripada Universiti Malaysia Sarawak menjangkak­an BN Sarawak akan menang di 27 kerusi. Beliau enggan menamakan kerusi tersebut.

Bagaimanap­un, beliau menjangkak­an pentadbira­n negara akan kekal pada BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jangkaan itu bersandark­an kepada empat faktor. Persempada­nan semula beberapa kawasan pilihan raya di Semananjun­g, kedudukan PAS berada di luar Pakatan Harapan, perasaan kurang senang warga luar bandar terhadap DAP dan jentera BN yang berkesan.

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Dua anggota polis, Inspektor Maxwell Richard (kiri) dan Lans Koperal Nurul Idayu Hassan memeriksa peralatan mengundi di Dewan Masyarakat Padungan.
— Gambar Bernama PERIKSA: Dua anggota polis, Inspektor Maxwell Richard (kiri) dan Lans Koperal Nurul Idayu Hassan memeriksa peralatan mengundi di Dewan Masyarakat Padungan.
 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Dua anggota polis, Inspektor Maxwell Richard (kanan) dan Lans Koperal Nurul Idayu Hassan memeriksa peralatan untuk mengundi di Dewan Masyarakat Padungan.
— Gambar Bernama TELITI: Dua anggota polis, Inspektor Maxwell Richard (kanan) dan Lans Koperal Nurul Idayu Hassan memeriksa peralatan untuk mengundi di Dewan Masyarakat Padungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia