Utusan Borneo (Sarawak)

Duo Perancis berharap lagu bayi pelarian ‘Mercy’ beri kemenangan

- Oleh Camille Malplat

KUMPULAN duo pop dari Perancis, ‘Madame Monsieur’, berharap satu lagu yang mendapat inspirasi daripada nasib seorang bayi pelarian yang dikutip dari sebuah bot yang karam di Laut Mediterran­ean akan berjaya semasa pertanding­an lagu Eurovision pada minggu depan.

Mercy – nama yang turut menjadi tajuk lagu itu – dilahirkan pada Mac 2017 di atas Aquarius, kapal yang menyelamat­kan ibunya yang berasal dari Nigeria ketika wanita itu melakukan penyeberan­gan bahaya dari Libya untuk mencari kehidupan baharu di Eropah.

Seperti begitu ramai orang sebelum itu, penyeludup manusia tidak mempedulik­an kargo manusia mereka dan bot yang membawa wanita itu mula karam tidak lama kemudian.

Madame Monsieur - Emilie Satt, 29, dan Jean-Karl Lucas (35) -sedang berlatih dalam studio apabila mereka ternampak gambar Mercy yang baharu lahir dalam Twitter.

“Kami benar-benar terharu dengan cerita ini; kami mahu meletakkan ke dalam muzik perasaan yang diilhamkan­nya di dalam kami,” kata mereka kepada AFP dalam satu temu ramah.

Kemudian apabila mereka dipilih untuk mewakili Perancis di pertanding­an Eurovision pada tahun ini di Lisbon, “kami tahu serta merta bahawa ia adalah dengan lagu ini”.

“Lagu ini adalah mengenai kualiti manusia seperti solidariti dan toleransi ... Ia masuk akal untuk Eurovision yang pada asalnya diwujudkan untuk menggalakk­an nilai-nilai Eropah seperti keamanan dan keadilan.”

Pada hujung April, dua wartawan bersama France Inter menjumpai Mercy dan ibunya Taiwo di Sicily, dalam kem pelarian terbesar di Eropah.

“Kami rasa sangat lega kerana mereka dijumpai dalam keadaan masih hidup dan sihat. Kami sentiasa berhubung dengan orang yang paling dekat dengan mereka,” kata Jean-Karl.

Dua pemuzik itu merancang untuk menubuhkan sebuah persatuan bagi membantu Mercy dan ibunya tetapi ini telah ditangguhk­an buat masa sekarang untuk memberi tumpuan kepada pertanding­an berkenaan. - 1977 kemenangan terakhir Perancis -

Perancis kali terakhir memenangi pertanding­an lagu Eurovision pada 1977 apabila Marie Myriam menyanyika­n lagu “L’Oiseau et L’Enfant” (Si Burung dan Si Bayi).

Namun harapan adalah tinggi bahawa Madame Monsieur boleh berjaya dan penerima taruhan memilih mereka sebagai calon kegemaran kedua selepas Israel.

Minat juga kelihatan lebih tinggi di Perancis dalam edisi Eurovision yang ke-63 ini selepas penmyertaa­n Perancis diputuskan oleh satu pertanding­an kalah mati yang disiarkan oleh televisyen pada Januari lalu.

Kisah latar belakang Madame Monsieur turut membantu.

Sebagai pasangan kekasih selama 10 tahun, dan suami isteri selama dua tahun, mereka mempunyai versi fesyen Nordik minimalis dengan rambut perang Emile yang menarik dan diimbangi baju polo hitam yang dipakai oleh kedua-dua mereka.

Pereka terkemuka Jean Paul Gaultier akan menyediaka­n pakaian mereka untuk pertanding­an pada 12 Mei nanti.

“Orang terutamany­a tersentuh dengan Mercy tetapi kita boleh katakan kami yang bersama adalah hiasan pada kek,” kata Satt, yang menulis lirik dan melodi lagu.

Sementara itu Jean-Karl menjaga penerbitan dan instrument­asi.

Album pertama mereka ‘Vu d’ici’ (Dilihat dari Sini), dikeluarka­n pada bulan lepas dan berbunyi begitu ‘pop’ sekali tetapi pada waktu yang sama menjadi “gambar bagi apa yang telah menyentuh kita sejak beberapa tahun lalu”, kata Jean-Karl.

Contohnya, satu lagu bertajuk ‘22.11.2013’ diilhamkan oleh satu pasangan yang membunuh diri pada usia 80an dan mati sambil berganding­an tangan.

Eurovision, dengan audiens global sekurangku­rangnya seramai 200 juta orang, “merupakan peluang yang amat baik bagi kami, pertunjuka­n bagi karya kami yang kami tidak pernah jangkakan”, kata kumpulan duo itu.

— AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERI SAINGAN: Emilie Satt (kanan) dan Jean-Karl Lucas semasa acara permaidani merah edisi ke- 63 Eurovision Song Contest 2018 di Altice Arena, Lisbon pada 6 Mei lepas. Eurovision Song Contest 2018 akan diadakan di ibu negara Portugal, Lisbon bermula...
— Gambar AFP BERI SAINGAN: Emilie Satt (kanan) dan Jean-Karl Lucas semasa acara permaidani merah edisi ke- 63 Eurovision Song Contest 2018 di Altice Arena, Lisbon pada 6 Mei lepas. Eurovision Song Contest 2018 akan diadakan di ibu negara Portugal, Lisbon bermula...
 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? MEMUKAU: Madame Monsieur semasa sesi latihan Eurovision Song Contest 2018 di dewan Altice Arena di Lisbon pada 6 Mei lepas.
— Gambar Reuters MEMUKAU: Madame Monsieur semasa sesi latihan Eurovision Song Contest 2018 di dewan Altice Arena di Lisbon pada 6 Mei lepas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia