Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah: Bekas pegawai tertinggi China dipenjara

Untuk tempoh seumur hidup, pernah dilihat sebagai anggota Politburo paling berpotensi ganti Xi

-

BEIJING: Seorang bekas pegawai parti Komunis China yang pernah diramal menduduki jawatan tertinggi kepimpinan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan rasuah semalam, pegawai kanan terbaharu yang jatuh dalam perjuangan antirasuah oleh Presiden Xi Jinping.

Sun Zhengcai, bekas anggota Politburo dan ketua parti bandar mega barat daya Chongqing, didapati bersalah kerana menerima lebih 170 juta yuan dalam bentuk rasuah, kata Mahkamah Perantaraa­n Pertama Rakyat di Tianjin dalam satu kenyataan di laman sesawangny­a.

Sun, 54, pernah diramal bagi kenaikan pangkat dalam jawatankua­sa tetap pentadbira­n elit seramai tujuh anggota Politburo, yang memerintah negara dan dipengerus­ikan oleh Xi.

Sebagai anggota Politburo paling muda, Sun malah dilihat dalam beberapa bahagian sebagai bakal pengganti Xi.

Mahkamah berkata defendan telah dijatuhkan hukuman “lembut hati” sebagai balasan bagi kesanggupa­n dia untuk bekerjasam­a dengan siasatan.

Sebagai tambahan kepada hukuman penjaranya, “harta benda curi oleh Sun telah disita”, menurut kenyataan.

Sun dituduh mengambil kesempatan terhadap kedudukann­ya bagi mendapatka­n keuntungan daripada orang lain dan menerima wang secara haram, menurut kenyataan mahkamah sebelum ini.

Dia dan rakan subahatnya telah didakwa menerima rasuah sebagai balasan untuk memberi bantuan kepada organisasi dan individu tertentu dengan menguruska­n kontrak, operasi perniagaan dan perkara lain.

Tindakanny­a telah “menjejaska­n dengan teruk keadaan kerja normal bagi organisasi negara dan menjejaska­n integriti kelakuan oleh kakitangan negara,” kata kenyataan.

Dia mengaku bersalah ke atas tuduhan semasa satu perbicaraa­n selama sehari pada April.

Sun merupakan anggota pertama yang berkhidmat dalam Politburo seramai 25 anggota yang berada dalam siasatan sejak Bo Xilai, seorang lagi bekas ketua Chongqing, yang dipenjarak­an seumur hidup pada 2013.

Xi mengetuai satu kempen antirasuah terkenal sejak memegang kuasa pada 2012 yang telah menghukum lebih sejuta pegawai, namun pengkritik telah membanding­kannya dengan satu penyingkir­an politik. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DIHUKUM PENJARA: Sun ketika menghadiri sesi pembukaan Kongres Kebangsaan Rakyat China di Dewan Besar Rakyat di Beijing, China pada 5 Mac, 2017.
— Gambar Reuters DIHUKUM PENJARA: Sun ketika menghadiri sesi pembukaan Kongres Kebangsaan Rakyat China di Dewan Besar Rakyat di Beijing, China pada 5 Mac, 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia