JTS alami banyak perubahan sejak penubuhan Sejajar perubahan semasa, JTS memanfaatkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan
LIMBANG: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) mengalami banyak perubahan meskipun b e r d e p a n p e l b a g a i cabaran sejak 100 tahun ditubuhkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau PaulusPaluGumbangberkata, sejajar perubahan semasa, JTS turut memanfaatkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan.
“Meraikan 100 tahun penubuhan, JTS sudah jauh berkembang meskipun banyak cabaran dihadapi sehingga kini.
“JTS turut menggunakan kemudahan dron untuk melakukan banyak perkara dan memudahkan kerja,” katanya ketika ditemui media selepas pelepasan peserta Landas Fun Run 2018 di Dataran Jubli Emas kelmarin.
Turut hadir Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Zaidi Mahdi, T i m b a l a n P e n g a r a h (Pengurusan) JTS Sarawak Abdullah Julaihi, Penguasa
Meraikan 100 tahun penubuhan, JTS sudah jauh berkembang meskipun banyak cabaran dihadapi sehingga kini. Paulus Palu Gumbang ADUN Batu Danau
JTS Bahagian Limbang Awang Nazri Awang Saperi dan tetamu lain.
Paulus turut yakin JTS akan terus sukses dan meraih pencapaian membanggakan dalam berkhidmat kepada rakyat.
Terdahulu Zaidi berkata, JTS merupakan agensi yang menjalankan perkhidmatan bagi memastikan Sarawak lebih maju.
Beliau memberitahu, JTS berdepan banyak cabaran besar khususnya isu tanah.
“Kakitangan kita akan sentiasa turun padang dalam memberi pemahaman mengenai isu tanah kepada masyarakat,” ujarnya.
Katanya banyak program besar diadakan sepanjang tahun ini bagi meraikan 100 tahun penubuhan JTS, antaranya Hari Integriti dan Inovasi, Forum Perdana, konvoi motosikal berkuasa tinggi dan aktiviti sampingan lain seperti doa selamat, larian dan sukan.