Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan muda digalak sertai ‘crowd funding’

-

SIBU: Usahawan muda digalakkan merebut peluang untuk menyertai pendanaan orang ramai atau ‘ crowd funding’ untuk memulakan perniagaan mereka dalam industri kecil dan sederhana (IKS).

Presiden Jawatankua­sa Usahawan Muda Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina (SCCCI) Dr Renco Yong berkata, usahawan muda dapat meningkatk­an modal yang diperlukan daripada orang ramai.

“Melalui pendanaan orang ramai, usahawan muda dapat meningkatk­an modal yang diperlukan bergantung kepada keperluan mereka untuk membangunk­an perniagaan mereka,” jelasnya.

Menurut Renco, pendanaan orang ramai semakin popular di negara Singapura dan China dan mula dikenali ramai di Malaysia sejak kebelakang­an ini.

“Sudah tiba masanya kita memanfaatk­an teknologi ini sebagai platform untuk menjalanka­n perniagaan dalam era globalisas­i,” ujarnya kepada pemberita, kelmarin.

Terdahulu Renco menyaksika­n majlis penyerahan lesen pembiayaan orang ramai daripada wakil Alixco P2P Financing Ting Giek kepada Kueh Sui Kiong dari Babyland Cute House.

Alixco P2P Financing salah satu daripada enam syarikat pendanaan orang ramai di negara ini yang diluluskan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC).

Renco memberitah­u, usahawan muda boleh mendapatka­n dana daripada sumber yang berbeza apabila mereka mendaftar sebagai ahli syarikat.

“Ini adalah cara yang sah untuk mendapatka­n pinjaman dengan risiko lebih rendah,” katanya.

Hadir sama ialah pelabur Robin Hii yang telah medaftar sebagai ‘issuer’ kepada Alixco P2P Financing.

 ??  ?? REBUT PELUANG: (Dari kiri) Ting, Hii, Kueh dan Renco merakam kenangan selepas majlis penyerahan lesen pembiayaan di Babyland Cute House, Jalan Oya di Sibu, kelmarin.
REBUT PELUANG: (Dari kiri) Ting, Hii, Kueh dan Renco merakam kenangan selepas majlis penyerahan lesen pembiayaan di Babyland Cute House, Jalan Oya di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia