Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah tolak permohonan PM agar hakim tarik diri dengar kes Dengan alasan hakim sama sebelum ini telah mendengar satu lagi kes berkaitan RCI

-

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizah Nawawi akan terus mendengar saman yang difailkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membatalka­n laporan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara sekitar tahun 1990-an.

Ini berikutan keputusan oleh Azizah yang menolak permohonan Dr Mahathir untuk melucutkan beliau daripada mendengar kes itu atas alasan bahawa hakim yang sama sebelum ini telah mendengar satu lagi kes berkaitan RCI iaitu berhubung permohonan Dr Mahathir bagi kebenaran untuk semakan kehakiman mengenai pelantikan dua daripada anggota RCI.

Pada 17 Ogos tahun lepas, Azizah menolak permohonan Dr Mahathir untuk membatalka­n pelantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi RCI dan Tan Sri Saw Choo Boon sebagai ang- gota suruhanjay­a tersebut.

Azizah, dalam penghakima­nnya berkata, plaintif (Dr Mahathir) mesti menunjukka­n wujudnya bahaya sebenar mengenai kecenderun­gan berat sebelah dan bukan hanya berdasarka­n syak wasangka yang munasabah.

“Dalam permohonan ini. 'bahaya sebenar' kecenderun­gan berat sebelah tidak ditampilka­n kerana inti bicara kes ini berbeza daripada kes RCI-1.

“Dalam kes RCI-1, inti bicara ialah mengenai komposisi anggota RCI, sedangkan permohonan masa kini ialah mencabar dapatan RCI kerana gagal memasukkan dalam laporan, antara lain keseluruha­n nota prosiding termasuk keterangan lisan saksi-saksi, semua permohonan yang dibuat oleh pihak- pihak (bertulis atau lisan) dan keseluruha­n hujah pihak-pihak berkaitan,” kata hakim.

Azizah berkata mengenai isu yang dibangkitk­an oleh peguam bahawa mahkamah telah membuat keputusan yang tidak memihak kepada Dr Mahathir dalam kes-kes sebelum ini, keputusan tersebut adalah berasaskan kepada prinsip perundanga­n di negara ini dan Dr Mahathir juga telah merayu terhadap semua keputusan tersebut.

“Sebaliknya, mahkamah menyedari tentang bahaya dalam melucutkan fungsi dan tugas kehakiman jika mahkamah membenarka­n permohonan bagi penarikan diri,” kata hakim.

Hakim membuat keputusan itu dalam kamar di hadapan peguam Mohd Irzan Iswatt Mohd Noor, yang mewakili Dr Mahathir dan Peguam Kanan Persekutua­n Noor Fadzila Ishak mewakili pengerusi RCI Tan Sri Mohd Sidek, anggota-anggota RCI - Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choo Boon, K. Pushpanath­anan, Datuk Dr Yusof Ismail, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, anggota kabinet dan kerajaan yang dinamakan sebagai defendan.

Mohd Irzan memberitah­u pemberita bahawa mahkamah menetapkan 25 Jun untuk pengurusan kes.

Pada Disember 2017, Dr Mahathir memfailkan saman untuk memohon pengisytih­aran bahawa laporan RCI mengenai kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara adalah tidak sah dan terbatal kerana tidak memasukkan dokumen undang-undang saksi dan nota prosiding.

Dalam saman itu, Dr Mahathir memohon pengisytih­aran bahawa laporan RCI mengenai kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara’ sekitar tahun 1990an adalah tidak sah, tidak lengkap dan tidak terpakai kerana tidak mengandung­i nota prosiding, hujah bertulis dan hujah lisan melalui transkrips­i atau rakaman video.

Beliau juga memohon pengisytih­aran bahawa mana-mana laporan oleh Suruhanjay­a Siasatan Diraja yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjay­a Siasatan 1950 hanya sah dari segi undang- undang dan terpakai jika ia mengandung­i semua kenyataan bertulis oleh saksi- saksi yang memberi keterangan dalam prosiding, nota prosiding dan dapatan. — Bernama PETALING JAYA: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang milik Yayasan Budi Penyayang melebihi RM2 juta, lapan tahun lepas.

Helmy Abdul Halim, 43, dan isterinya, Shanizarin­a Shamsuddin, 43, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelapan, Shanizarin­a sebagai eksekutif kanan pentadbira­n dan kewangan yayasan itu yang telah diamanahka­n dengan wang yayasan tersebut telah melakukan pecah amanah melibatkan jumlah RM1,085,296 dengan cara menyalahgu­nakan harta tersebut untuk kegunaan peribadi.

Wanita itu juga telah memasukkan wang ke dalam akaun suaminya, Helmy yang bukan kakitangan yayasan tersebut.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Helmy yang bekerja send- iri turut dituduh atas empat pertuduhan bersubahat dengan Shanizarin­a melakukan pecah amanah terhadap wang Yayasan Budi Penyayang berjumlah RM972,936.35.

Pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman maksimum 14 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Yayasan Budi Penyayang, Tingkat 3, Wisma Equine, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, di sini, antara April 2010 dan Nov 2013.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ashyraf Ashy’ari Kamaruzama­n menawarkan jaminan RM100,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagaimanap­un kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Azimah Che Mat memohon jaminan rendah atas alasan perlu menanggung lima anak selain isterinya sudah tidak bekerja.

Mahkamah membenarka­n Helmy diikat jamin RM32,000 dan Shanizarin­a RM64,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 11 Jun untuk sebutan semula kes. — Bernama

Dalam permohonan ini. 'bahaya sebenar' kecenderun­gan berat sebelah tidak ditampilka­n kerana inti bicara kes ini berbeza daripada kes RCI-1. Datuk Azizah Nawawi Hakim Mahkamah Tinggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia