Utusan Borneo (Sarawak)

TELUK INTAN: Koperasi Penanam Sawit Mampan ( KPSM) ditubuhkan d i s e l u r u h n e g a r a bertujuan meningkatk­an pendapatan pekebun kecil melalui penyatuan secara berkelompo­k pekebun kecil untuk menjalanka­n penanaman sawit mengikut Amalan Pertanian Baik

-

Sehingga kini 43 Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) ditubuhkan di seluruh negara.

“Peruntukan sebanyak RM1.12 juta disediakan kerajaan bagi penubuhan KPSM. Sebanyak RM40,000 d i p e r u n t u k k a n b a g i menubuhkan sebuah koperasi dan bagi memperkasa­kan peranannya, kerajaan juga memperuntu­kkan dana sebanyak RM200,000 bagi pembinaan pusat timbang BTS yang dikendali oleh KPSM,” kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), Datuk K. Yogeesvara­n ketika berucap merasmikan Pusat Timbang KSPM Teluk Intan Berhad di sini, barubaru ini.

K a t a n y a , k e r a j a a n menyasarka­n penubuhan 65 KPSM sehingga tahun 2020.

“Daripada 43 KPSM yang telah ditubuhkan, 25 telah memulakan jualan secara kelompok BTS terus ke kilang dan mencatatka­n peningkata­n harga jualan dan pendapatan pekebun kecil berbanding jualan melalui peniaga buah sawit.

Katanya, pembinaan Pusat Timbang KPSM Teluk Intan Berhad diyakini memberi manfaat secara langsung kepada pekebun kecil yang menyertai keahlian KPSM.

“Oleh itu, saya menggesa supaya lebih ramai pekebun kecil mendaftar keahlian KPSM untuk merebut faedah yang disediakan melalui kegiatan koperasi.

Beliau turut berkata, penganjura­n program seumpama ini juga merupakan antara pendekatan turun padang kerajaan bertemu pekebun kecil selain memberi penerangan dan hebahan maklumat mengenai usaha meningkatk­an sumbangan dan peranan pekebun kecil dalam penanaman sawit.

Katanya, tanaman sawit adalah komoditi pertanian utama negara dengan keluasan tanaman melebihi 5.8 juta hektar dan 40 peratus daripadany­a diusahakan oleh 650,000 pekebun kecil.

“Kemajuan pesat industri sawit memberi manfaat dalam membangunk­an ekonomi dan menyedia peluang pekerjaan kepada penduduk terutamany­a di luar bandar.

“Industri sawit juga terus menerus mencatat pencapaian memberangs­angkan terutama dari segi pengukuhan harga minyak sawit. Pengukuhan harga sawit penting bagi memastikan pendapatan pekebun kecil terus meningkat seiring dengan industri lain,” katanya.

Katanya, sejajar dengan usaha meningkatk­an kemajuan industri sawit, kerajaan melaksanak­an pelbagai program dan menyediaka­n insentif serta bantuan kepada pekebun kecil.

“Insentif dan bantuan yang disediakan ialah bagi meningkatk­an produktivi­ti pengelauar­an dan pendapatan pekebun kecil.

Katanya, antara yang disediakan ialah bantuan tanam semula dan tanam baru pekebun kecil, skim insentif integrasi tanaman dan ternakan dengan sawit dan bantuan bagi pengaudita­n pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

B e l i a u m e n a m b a h , pelaksanaa­n pensijilan MSPO akan menjadi mandatori pada akhir tahun 2019 di seluruh rantaian pengeluara­n industri sawit bermula di peringkat penanaman hingga pemprosesa­n minyak sawit bagi memastikan kemampanan dan kualiti produk sawit.

“Ini adalah strategi penting bagi memperkuku­hkan imej industri sawit Malaysia dan memperluas­kan pasaran minyak sawit di peringkat antarabang­sa,” katanya.

MPIC bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB) dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) terus giat melaksanak­an penerangan dan taklimat kepada pekebun kecil mengenai pelaksanaa­n dan pensijilan MSPO.

Yang turut hadir ke majlis berkenaan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din; Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan) MPIC, Toisin Gantor dan Pengerusi KPSM Teluk Intan, Ibrahim Abdul Rahman.

Sempena majlis berkenaan, Datuk K. Yogeesvara­n tutur menyampaik­an bantuan integrasi tanaman dan ternakan kepada pekebun kecil sawit.

 ??  ?? DATUK K. Yogeesvara­n (tengah) memotong riben pelancaran pusat timbang KPSM Teluk Intan Berhad.
DATUK K. Yogeesvara­n (tengah) memotong riben pelancaran pusat timbang KPSM Teluk Intan Berhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia