Utusan Borneo (Sarawak)

Pasangan California ‘seksa’ 10 kanak-kanak diberkas

Dituduh melakukan penyeksaan termasuk ‘waterboard­ing’, tembak dengan busur silang, curah air panas

-

LOS ANGELES: Sepuluh kanak- kanak didapati tinggal dalam keadaan sangat kotor di sebuah rumah di California telah diseksa dengan kaedah ‘ waterboard­ing’ ( tangan dan kaki diikat, kepala ditutup kain dan dituangkan air), ditembak dengan busur silang dan dicurah dengan air panas oleh ibu mereka dan pasanganny­a, kata pihak berkuasa pada Rabu lepas.

Penderaan itu dinyatakan secara terperinci dalam satu usul yang difailkan oleh pendakwa raya untuk menambah ikat jamin terhadap ibu kanak-kanak tersebut, Ina Rogers berusia 30 tahun, yang telah diarahkan ditahan dan ikat jaminnya ditetapkan sebanyak $495,000.

“Secara berterusan kanakkanak tersebut dipukul, dicekik, digigit, ditembak dengan senjata seperti busur silang dan senapang bb, dipukul dengan senjata seperti kayu dan belantan, diseksa dengan kaedah ‘waterboard­ing’ dan air panas dicurahkan kepada mereka,” menurut usul yang difailkan oleh pendakwa raya.

“Disebabkan oleh penderaan berterusan, kanak-kanak tersebut mempunyai pelbagai bentuk parut, termasuk patah tangan.”

Rogers dan suaminya Jonathan Allen, 29, ditangkap pada 31 Mac di rumah mereka di pekan Fairfield, utara San Francisco, selepas polis memberi respons kepada satu panggilan mengenai seorang budak hilang. Pendakwa raya berkata anggota polis telah memasuki rumah itu dan menemui sembilan kanak- kanak saling berpelukan di atas lantai ruang tamu.

Mereka menyatakan rumah itu dalam keadaan sangat kotor, dengan pakaian, sampah dan tahi terdapat di meratarata tempat.

Kanak- kanak itu telah dibawa ke pusat penjagaan dan hanya ketika siasatan selepas itu yang membongkar penderaan sadis itu, kata pihak berkuasa.

“Semasa siasatan, kanakkanak tersebut menceritak­an secara terperinci mengenai insiden penderaan,” menurut usul yang difailkan oleh pendakwa raya.

Ia menyatakan bahawa Rogers menyedari tentang insiden itu, yang bermula sejak beberapa tahun lepas, “dan turut terlibat sendiri dalam penderaan tersebut.”

Rogers telah ditangkap dan pada mulanya didakwa atas satu tuduhan kesalahan penderaan kanak-kanak.

Dia sekarang berdepan dengan sembilan tuduhan penderaan kanak-kanak feloni.

Allen, yang turut berada dalam tahanan, berdepan tujuh tuduhan seksaan dan sembilan tuduhan penderaan.

Kes tersebut mempunyai persamaan dengan satu lagi kejadian yang ditemui di California pada awal tahun ini.

Dalam kes terdahulu, 13 adik-beradik diselamatk­an dari sebuah rumah di mana ibu bapa mereka, Louise dan David Turpin, didakwa menjadikan mereka sebagai tahanan dan menyeksa mereka. — AFP

 ??  ?? ROGERS ALLEN
ROGERS ALLEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia