Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan pelajar Chile kutuk keganasan seksual

-

SANTIAGO: Ribuan wanita melaungkan “Tidak bermakna tidak!” semasa perarakan di Santiago pada Rabu lepas dianjurkan oleh pelajar untuk membantah penderaan dan gangguan seksual, sebahagian daripada gelombang feminis yang baharu melanda Chile.

Kain rentang menggesa untuk pengenalan “pendidikan bukan seksis” dan menamatkan “keganasan seksual” berikutan beberapa kes penderaan terhadap wanita dan amalan yang lama wujud di universiti dan sekolah.

Diiringi irama paluan dram, tarian dan laungan “Tidak makna tidak”, pelajar, kebanyakan­nya wanita, memenuhi satu bahagian besar Lebuh Alameda, dalam demonstras­i yang agak damai, dengan hanya beberapa insiden terpencil dilaporkan sehingga penghujung perarakan.

“Pada hari ini kami mengutuk apa yang ibu saudara saya tidak endahkan dan apa yang dialami oleh ibu saya dan dibiarkan sahaja,” menurut salah satu daripada ribuan poster.

Sebuah kumpulan berarak tanpa baju namun muka mereka ditutupi dengan hud.

“Ia adalah masanya untuk menyatakan cukuplah – cukup dengan penderaan, keganasan dan diskrimina­si,” kata Maria Astudillo, 26, seorang pelajar di Universiti Katolik, di mana pelajar telah menawan beberapa fakulti.

Bantahan pertama bermula sebulan lepas di Universiti Austral di mana seorang profesor dituduh melakukan gangguan seksual. Sejak itu, hampir 20 fakulti dan sekolah, termasuk jabatan perundanga­n berprestij di Universiti Chile, telah menyertai pergerakan itu.

Bantahan ditambah dengan kemarahan mengenai kematian seorang kanakkanak berusia hampir dua tahun, yang dirogol oleh salah seorang penjaganya; dan satu siri tuduhan gangguan seksual, salah satunya melibatkan seseorang yang dianggap sebagai bintang dalam drama TV.

Pada Jumaat lepas, kira- kira 20,000 orang menyertai tunjuk perasaan di Santiago dianjurkan oleh organisasi “NiUnaMenos” ( Tidak kurang seorang pun wanita) yang berkempen menentang keganasan berdasarka­n jantina.

Pada bulan lepas, dua perbandara­n kecil Chile telah mengumumka­n akan mula mengeluark­an denda berjumlah sehingga ratusan dolar terhadap sesiapa yang didapati bersalah ke atas gangguan jalanan terhadap wanita. — AFP

 ?? — Gambar Reuters/AFP ?? SUARA WANITA: Penunjuk perasaan membawa sepanduk dan melaungkan slogan semasa perarakan dianjurkan oleh pelajar untuk membantah penderaan dan gangguan seksual terhadap wanita di Santiago, Chile kelmarin.
— Gambar Reuters/AFP SUARA WANITA: Penunjuk perasaan membawa sepanduk dan melaungkan slogan semasa perarakan dianjurkan oleh pelajar untuk membantah penderaan dan gangguan seksual terhadap wanita di Santiago, Chile kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia