Utusan Borneo (Sarawak)

PERTANDING­AN PROJEK INOVASI PENGALAMAN BERHARGA BUAT SK SAKA

- Oleh Saleman Senin

MESKIPUN belum mampu memikat juri untuk mengangkat mereka sebagai pemenang utama dalam Pertanding­an Projek Inovasi Bahan Bantu Mengajar Sekolah Rendah, namun peserta dari Sekolah Kebangsaan (SK) Saka yang menghasilk­an Inovasi Piramid Makanan Sihat (PIKAT) telah melalui pengalaman yang cukup berharga pada Konvensyen Hepili Negeri Sarawak 2018.

Dua pelajar Isaac Elton Montigrai dan Nur Balqis Johnny bersama guru penasihat Azman Mantaril yang mewakili bahagian Betong mengetenga­hkan ciptaan inovasi mereka yang tersenarai pada empat tempat teratas pada pertanding­an tersebut yang dilangsung­kan dari 14 hingga 16 Mei di Kuching.

Menurut Azman, kejayaan mewakili bahagian Betong adalah satu pengalaman berharga buat mereka kerana telah diberi peluang mempelajar­i banyak pengetahua­n.

Tambahnya, apa yang penting ialah pengalaman yang boleh diguna untuk masa depan pelajar.

“Ia juga sebagai pendorong untuk pelajar bergiat aktif dalam berpersatu­an sekali gus sebagai motivasi kepada pelajar lain dan memberi semangat untuk mereka,” katanya.

Pada konvensyen kali ini, bahagian Betong telah diwakili SK Abang Abdul Rahman Saratok dalam Pertanding­an Projek Bersama Komuniti SK dan Pertanding­an Senam Seni SK. Manakala SK Suri Betong menyertai pertanding­an Video Aktifkan Diri Bersama Doktor Muda bagi kategori sekolah rendah.

Bagi kategori sekolah menengah, SMK Ulu Layar Betong menyertai Pertanding­an Senam Seni SMK dan SMK Kabong menyertai Pertanding­an Lompat Tali SMK.

Kontinjen Betong telah diketuai oleh Pegawai Pejabat Kesihatan Bahagian(PKB) Betong, Sylvia Albert yang membawa seramai 36 peserta termasuk guru dan pegawai.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENYERTAAN: Azman bersama dua pelajarnya menyertai Konvensyen Hepili Negeri Sarawak 2018.
PENYERTAAN: Azman bersama dua pelajarnya menyertai Konvensyen Hepili Negeri Sarawak 2018.
 ??  ?? KONTINJEN BETONG: Sebahagian daripada peserta dan pegawai yang menyertai rombongan Konvensyen Hepili Negeri Sarawak 2018.
KONTINJEN BETONG: Sebahagian daripada peserta dan pegawai yang menyertai rombongan Konvensyen Hepili Negeri Sarawak 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia