Utusan Borneo (Sarawak)

HARAP KERAJAAN PH TIDAK PILIH KASIH

Abdul Karim berharap Sarawak dan semua negeri di Malaysia dapat menikmati kemudahan sukan

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berharap kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak bersikap pilih kasih dalam penyediaan fasiliti sukan dan memastikan semua negeri dapat menikmati kemudahan sukan yang setara.

Menurutnya, atlet- atlet sukan di Sarawak dan Sabah telah lama berdepan kekangan untuk meningkatk­an prestasi berbanding rakanrakan mereka di Semenanjun­g Malaysia kerana ketiadaan kemudahan sukan yang baik seperti sekolah sukan lengkap dengan fasiliti terkini.

“Memang tidak dinafikan peluang untuk atlet- atlet Sarawak dan Sabah meningkatk­an prestasi amat sukar kerana tiada kemudahan lengkap dibina di kedua-dua negeri terbabit.

“Sekolah sukan di Sabah hanya untuk dua atau tiga jenis sukan sahaja. Sarawak lagi parah. Sekolah Sukan SMK Tabuan Jaya hanya setaraf sekolah asrama tetapi dipanggil mereka sekolah sukan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau juga berharap pentadbira­n baharu akan lebih telus terutamany­a dalam memutuskan sesuatu keputusan besar yang melibatkan sukan negara.

“Memang kadang-kadang kedengaran ‘ high handed decision’ dibuat oleh pegawaipeg­awai atasan atau menteri tanpa mendengar pandangan persatuan-persatuan sukan atau negeri-negeri terlibat.

“Contohnya, dahulu penggugura­n tiga sukan tetap (core) pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diumumkan oleh menteri sukan dahulu tanpa usul periksa. Selepas bantahan negeri-negeri baharulah kementeria­n terbabit mengembali­kan sukan tersebut,” katanya.

Jelasnya, pentadbira­n baharu harus meneruskan agenda pembanguna­n sukan negara seperti yang telah dilaksanak­an oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“D e n g a n p e r u b a - han yang mendadak d a l a m s e n a r i o politik t a n a h air dan s e k a l i gus perubahan b e s a r d a l a m pentadbira­n ke- menterian termasuk yang menjaga sukan tanah air, harapan saya adalah mutu dan pentadbira­n sukan menjadi lebih baik dan seterusnya dapat mengangkat nama Malaysia ke persada lebih tinggi dalam dunia sukan,” kata Abdul Karim. Sementara itu, Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan menjelaska­n bidang sukan tidak harus dipolitikk­an sambil berharap pentabiran kerajaan baharu bersikap adil kepada semua negeri dalam aspek pembanguna­n sukan. “Adalah m e n j a d i tanggungja­wab kerajaan pusat memastikan pembanguna­n sukan setiap negeri di Malaysia diteruskan tanpa mengira fahaman politik,” katanya.

Memang tidak dinafikan peluang untuk atlet-atlet Sarawak dan Sabah meningkatk­an prestasi amat sukar kerana tiada kemudahan lengkap dibina di kedua-dua negeri terbabit.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ??
 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia