Utusan Borneo (Sarawak)

MAUT BERLANGGAR PIKAP

Warga emas terbunuh selepas dipercayai memandu keretanya melawan arus dari Sibu Jaya ke pusat bandar Sibu.

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan jalan raya di Batu 12 Jalan Tunku Abdul Rahman di sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa, Kong Mok Nam, 80, dipercayai memandu keretanya melawan arus dari arah Sibu Jaya ke pusat bandar dalam insiden itu.

“Akibatnya, kereta mangsa telah berlanggar dengan sebuah pikap yang datang dari arah bertentang­an,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Sibu akibat kecederaan parah.

Stanley berkata, pemandu pikap berumur 54 tahun tidak mengalami kecederaan, namun kedua-dua kenderaan remuk teruk.

Sementara itu, pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan daripada orang awam bergegas ke lokasi kejadian dan bertindak mengeluark­an mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis.

Stanley berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan jalan raya.

“Ikutlah peraturan jalan raya dan jangan pandang ringan papan tanda yang ada kerana malang tidak berbau,” ujar beliau.

Tambahnya, pengguna jalan raya juga dikehendak­i memastikan agar kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Jangan abaikan undang-undang terutamany­a memandu dengan lesen yang sah dan cukai jalan tidak tamat tempoh,” tambah beliau.

 ??  ?? REMUK TERUK: Keadaan kereta mangsa dalam kemalangan tersebut.
REMUK TERUK: Keadaan kereta mangsa dalam kemalangan tersebut.
 ??  ?? MALANG TIDAK BERBAU: Anggota bomba sedang menjalanka­n tugas untuk mengeluark­an mangsa dari keretanya.
MALANG TIDAK BERBAU: Anggota bomba sedang menjalanka­n tugas untuk mengeluark­an mangsa dari keretanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia