Utusan Borneo (Sarawak)

SUSPEK ROGOL DICEKUP, TERCICIR DOKUMEN KETIKA MELARIKAN DIRI

-

KUCHING: Padah menimpa seorang lelaki apabila tercicir dokumen pengenalan diri ketika melarikan diri selepas merogol seorang gadis berusia 17 tahun di sebuah rumah pekerja di Jalan Sim Kheng Hong di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah ACP Ng Ah Lek berkata, berpanduka­n dokumen peribadi tersebut, pasukannya yang diketuai ASP Ooi Jin Bing berjaya menangkap suspek di sebuah rumah di Jalan Manggis di sini iaitu beberapa jam selepas laporan polis dibuat oleh mangsa pada Rabu lepas.

Menurutnya, suspek berusia 32 tahun itu terdahulun­ya memecah masuk ke sebuah rumah pekerja yang didiami mangsa dipercayai untuk merompak sekitar jam 1.30 petang.

“Rakan sejenayah suspek dikatakan mengambil barang peribadi milik mangsa iaitu dompet dan telefon bimbit, manakala suspek dikatakan bertindak mengacukan pisau ke arah mangsa serta merogolnya.

“Semasa kejadian, kawan kepada teman serumah mangsa terserempa­k dengan suspek dan telah berlaku pergelutan sehingga suspek dipercayai tercicir dokumen peribadi miliknya di tempat kejadian semasa melarikan diri,” kata Ng.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini semalam dan turut memberitah­u suspek ditangkap sekitar jam 12.10 tengah malam iaitu beberapa jam selepas laporan polis dibuat oleh mangsa.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan usaha mengesan rakan sejenayah suspek sedang giat dijalankan.

“Justeru kita mohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian dapat berhubung dengan mana-mana balai polis berhampira­n,” jelas Ng.

Ng selain itu memberitah­u mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat sebagai kes rogol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia