Utusan Borneo (Sarawak)

E-cemetery permudah pencarian lokasi pusara di Tanah Perkuburan Samariang

-

KUCHING: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) melancarka­n web e-cemetery semalam bagi memudahkan pencarian lokasi pusara di Tanah Perkuburan Samariang.

Perasmian web tersebut disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pekarangan Masjid Jamek Negeri di sini disusuli pengagihan bubur Masja-Sa.

Pengurus Besar LAKMNS Mohamad Sabry Othman berkata, web ini boleh digunakan dengan melayari laman web sesawang e-cemetery. sarawak.com.my.

Antara fungsi web ini ialah untuk memudahkan pencarian lokasi pusara jenazah yang dikebumika­n di Tanah Perkuburan Samariang dengan hanya menaip nama atau nombor kad pengenalan si mati.

“Tanah perkuburan yang seluas 62 ekar ini menempatka­n sebanyak 15,222 pusara dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat.

“Diharapkan, web ini akan dapat membantu masyarakat Islam mencari lokasi pusara ahli keluarga mereka yang ditempatka­n di tanah perkuburan ini,” katanya.

Web tersebut dibangunka­n oleh LAKMNS dengan kerjasama Sarawak Informatio­n System Sdn Bhd ( SAINS).

Pembanguna­n web ini juga adalah bertepatan dengan inisiatif Ketua Menteri mem- perkenalka­n dasar ekonomi digital Sarawak.

Bercakap mengenai pengagihan bubur tersebut, ia merupakan acara tahunan LAKMNS sempena bulan Ramadan.

Lebih daripada 2,000 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa.

Pada majlis itu, LAKMNS turut menyampaik­an sumbangan derma masjid, surau dan sekolah serta derma Ramadan kepada 2,098 orang pelajar yang kurang mampu dan anak-anak yatim.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SIMBOLIK: Abang Johari (empat kanan) melakukan simbolik perasmian web e-cemetary pada majlis di pekarangan Masjid Jamek Negeri semalam.
— Gambar Chimon Upon SIMBOLIK: Abang Johari (empat kanan) melakukan simbolik perasmian web e-cemetary pada majlis di pekarangan Masjid Jamek Negeri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia