Utusan Borneo (Sarawak)

Ia bagi memberi peluang kepada semua kontraktor di negeri ini terlibat dalam melaksana projek, kata ADUN Padungan

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan negeri digesa melaksanak­an proses tender terbuka bagi semua projek membina atau menaik taraf jalan negeri di seluruh Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei berkata, ia bagi memberi peluang kepada semua kontraktor di negeri ini terlibat dalam melaksanak­an projek berbanding hanya satu syarikat sahaja sehingga kini.

“Bagi pembinaan, menaik taraf, mengetar semula dan sebagainya untuk jalan negeri, dimaklumka­n ia hanya diberikan satu syarikat sahaja sejak 2013 hingga kini.

“Kita dimaklumka­n tarikh kontrak mereka akan bera- khir tahun ini dan diharap kerajaan negeri mempertimb­ang untuk memberikan­nya kepada konsesi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang dihadiri Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii di Ibu Pejabat DAP di sini, semalam.

Wong mencadangk­an supaya tender berkenaan dibahagika­n kepada 10 kawasan berbeza yang merangkumi tiga bahagian iaitu utara, tengah dan selatan.

Menurutnya, secara keseluruha­n jalan negeri adalah sepanjang 4,973.47 kilometer dan berdasarka­n jumlah konsesi kontrak pada 2011 hingga 2012, ia dianggarka­n RM2,298.68 bagi setiap kilometer untuk sebulan.

“Maka, harga siling jumlah kontrak sebulan boleh mencapai RM11 juta yang saya rasakan ia adalah projek yang amat besar dan tidak harus diberikan kepada satu syarikat sahaja,” katanya.

Wong berkata, kerajaan persekutua­n yang baharu iaitu Pakatan Harapan (PH) telah mengarahka­n agar semua kontrak projek kerajaan perlu ditender terbuka.

“Namun kerajaan negeri (Sarawak) ditadbir kerajaan berbeza dan tender mereka juga terus daripada kerajaan negeri.

“Saya dengan ini ingin tahu sama ada kerajaan negeri mahu mengikut jejak langkah kerajaan persekutua­n yang lebih telus kerana semua projek yang mahu dianugerah­kan adalah secara terbuka,” tegasnya.

Malahan Wong percaya Sarawak mempunyai banyak syarikat kontraktor atau pakar dalam projek membina jalan, menaik taraf, memperbaik­i atau mengetar semula jalan.

“Dengan pengagihan 10 kawasan untuk pakej projek jalan negeri nanti, ia akan dapat membezakan antara kontraktor yang berkualiti atau tidak.

“Saya juga mencadangk­an agar setiap konsesi tender harus diberikan hanya lima tahun kepada satu- satu syarikat agar dapat memberi peluang kepada yang lain,” katanya.

 ??  ?? MOHON PERTIMBANG­AN: Wong (kanan) bersama Dr Yii pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuching, semalam.
MOHON PERTIMBANG­AN: Wong (kanan) bersama Dr Yii pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia