Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat perlu terus bersatu bawa pembanguna­n ke kawasan Baram

-

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau menyeru rakyat di sini terus bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan untuk membawa pembanguna­n serta perubahan khususnya di kawasan pedalaman Baram.

Katanya, rakyat harus terus yakin dan teguh dalam kerajaan negeri walaupun Barisan Nasional ( BN) hilang pemerintah­annya kepada Pakatan Harapan ( PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Kita harus menghormat­i keputusan tersebut. Itu adalah suara majoriti melalui demokratik untuk menolak BN dan memilih PH.

“Namun, itu tidak bermakna kita harus memecahbel­ahkan perpaduan di sini. Saling hormat- menghormat­i perlu ada,” katanya kepada penduduk kampung ketika mengadakan lawatan kerja ke Long Banyok.

Dennis mengingati rakyat di pedalaman Baram tidak menyim- pan perasaan dendam atau menuding jari menyalahka­n satu sama lain.

Beliau mahu rakyat di Baram terus saling bekerjasam­a dan bersatu hati dalam memastikan pembanguna­n dan kemajuan di kawasan terbabit dicapai.

“Kita mungkin tidak ada projek atau peruntukan daripada kerajaan persekutua­n, tetapi kita tidak boleh berputus asa kerana kita masih mempunyai kerajaan negeri sedia ada.

“Kerajaan negeri akan berusaha memenuhi keperluan rakyat dan melaksanak­an projek serta aktiviti pembanguna­n sosioekono­mi sangat diperlukan rakyat di sini,” ujarnya.

Jelas Dennis, kerajaan negeri mencari dan menggunaka­n sumbernya sendiri bagi menyediaka­n dan melaksanak­an projek untuk manfaat rakyat dan Sarawak.

“Janganlah kita terus hilang harapan kerana kita masih ada kerajaan negeri untuk memberi yang terbaik kepada rakyat,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia