Utusan Borneo (Sarawak)

DAP Sarawak anjur majlis penghargaa­n bantu PH bentuk kerajaan persekutua­n

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak menganjurk­an majlis penghargaa­n sempena kejayaan bersejarah mereka membantu Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan persekutua­n baharu di Restoran Thian Court, Crown Square di sini, malam kelmarin.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, majlis makan malam itu juga bagi meraikan kejayaan mereka mengalahka­n Barisan Nasional ( BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Dalam beberapa hari sahaja, kita telah melaksanak­an apa yang kita janjikan pada PRU14 kepada rakyat antaranya pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bermula 1 Jun nanti yang mana cukai ini amat membebanka­n kita semua.

“Selain itu, kita juga dengan segera melakukan siasatan terhadap isu dana 1Malaysia Developmen­t Berhad ( 1MDB) yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik sahaja PH berjaya membentuk kerajaan baharu,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Chong yang juga Pengerusi PH negeri berkata, kemenangan itu bukan sahaja kemenangan buat parti itu sa- haja, tetapi juga kemenangan untuk seluruh penyokong dan rakyat negeri ini.

“Kita tidak dapat membalas jasa dan pengorbana­n yang telah anda semua lakukan tetapi kita akan memastikan kita akan bekerja lebih kuat demi memastikan seluruh rakyat mendapat manfaat,” tambahnya.

Terdahulu, ahli senior yang juga Penasihat DAP Sarawak Chong Siew Chiang berkata, parti itu telah bertungkus­lumus lebih 40 tahun untuk mencapai kejayaan yang diraikan sekarang.

Katanya, kerja keras mereka selama ini akhirnya membuahkan hasil apabila kerajaan yang diterajui BN selama 60 tahun berjaya ditumbangk­an.

Bapa kepada Pengerusi DAP Sarawak itu berkata, tugas mereka belum selesai kerana impian mengambil alih kerajaan negeri belum dicapai.

“Kita akan melakukan sedaya upaya kita untuk mengambil alih kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 kelak,” tegasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bandar Kuching baharu Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, beliau amat teruja dengan era kerajaan baharu yang berjaya mencipta sejarah buat Malaysia.

Katanya, pihaknya telah berjanji kepada rakyat un- tuk menyiasat dana 1MDB dan memansuhka­n GST jika berjaya membentuk kerajaan baharu.

Manakala, Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol turut gembira dengan kejayaan PH pada PRU14 lalu dan berjanji akan memastikan jalan lama Kuching-Bau akan dinaik taraf demi keselesaan penduduk di kawasan itu.

Beliau sempat menyanyika­n lagu kegemarann­ya ‘ Saya Anak Mas Gading’ pada majlis makan malam itu.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei, ADUN Pending Violet Yong dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? RAI BERSAMA: Chong bersama rakan seperjuang­annya meraikan kejayaan mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14, malam kelmarin.
RAI BERSAMA: Chong bersama rakan seperjuang­annya meraikan kejayaan mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14, malam kelmarin.
 ??  ?? PERJALANAN TERAKHIR: Keranda mendiang Marpok dibawa ke tapak perkuburan.
PERJALANAN TERAKHIR: Keranda mendiang Marpok dibawa ke tapak perkuburan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia