Utusan Borneo (Sarawak)

DAP Sri Aman cadang audit dibuat terhadap projek Hospital Sri Aman

-

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald mencadangk­an supaya audit dibuat terhadap pembinaan Hospital Sri Aman ekoran projek itu sudah lama tertangguh.

Leon berkata, beliau akan menulis surat kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak bagi memaklumka­n perkara tersebut.

Menurutnya, projek itu yang dijadualka­n siap pada tahun ini sudah berkali-kali ditangguhk­an atas sebab-sebab yang menimbulka­n tanda tanya.

“Kita, DAP Sri Aman ingin menyatakan kepada penduduk Sri Aman bahawa kita akan melakukan segalanya yang termampu untuk mempercepa­tkan proses yang akan membawa kepada penyiapan Hospital Sri Aman.

“Ini termasuk memohon audit dijalankan ke atas projek tersebut,” kata Leon menerusi kenyataan medianya semalam.

Menurutnya, Hospital Sri Aman dijadual siap pada tahun ini berdasarka­n pada janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

‘ Kita perlu menyiapkan hospital ini secepat mungkin kerana keperluan perubatan di Sri Aman sudah meningkat dengan begitu ketara sejak beberapa tahun ini dan kita memerlukan lebih ramai pakar ditempatka­n di sini, kemudahan lebih besar untuk mesin dialisis dan lebih banyak ubat-ubatan,” kata Leon yang juga Naib Pengerusi DAP Sarawak.

Beliau dalam pada itu berkata, usaha kerajaan baharu yang diterajui PH untuk mengaudit projek Lebuh Raya Pan Borneo adalah sebagai berita yang amat baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia