Utusan Borneo (Sarawak)

Aspek kebersihan penyediaan makanan, gerai perlu diutama semasa berniaga sepanjang Ramadan: Dr Abdul Rahman

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Peniaga bazar Ramadan di daerah ini dinasihat tidak terlalu ghairah mengejar keuntungan sehingga mengabaika­n aspek kebersihan dan kualiti penyediaan makanan.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata berkata, kebersihan penyediaan makanan seharusnya diletakkan di kedudukan pertama semasa menjalanka­n perniagaan sepanjang Ramadan ini.

“Peniaga tidak harus menitikber­atkan aspek keuntungan semata-mata sehingga mengabaika­n tanggungja­wab mereka menjaga kebersihan dan kualiti produk yang dijual,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Bazar Ramadan Daerah Limbang kelmarin.

Turut hadir Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Wali Kota Majlis MDL Kaunselor Sufian Mohat, Timbalan Wali Kota Kaunselor Dahlan Dullah dan Pengerusi Pengelola Perasmian Bazar Ramadan 2018 Kaunselor Niti Rosli.

Seramai 120 peniaga gerai memasak, 37 peniaga kain dan 20 peniaga kuih dan biskut raya menyertai bazar kali ini.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Bukit Kota berkata sejumlah RM25,000 diperuntuk­kan kepada Majlis Daerah Limbang (MDL) untuk menampung kos perbelanja­an kanopi yang disediakan kepada peniaga bazar Ramadan di daerah ini, tahun ini.

Beliau berkata, saban tahun MDL mengeluark­an perbelanja­an yang agak tinggi untuk melaksana bazar Ramadan.

“Bagi memudahkan MDL, sejumlah RM25,000 diperuntuk­kan untuk menampung sebahagian kos perbelanja­an kanopi bazar Ramadan,” katanya

Peniaga tidak harus menitikber­atkan aspek keuntungan semata-mata sehingga mengabaika­n tanggungja­wab mereka menjaga kebersihan dan kualiti produk yang dijual. Dr Abdul Rahman Ismail Menteri Muda Pertanian

 ??  ?? TERIMA KASIH: Niti menyerahka­n cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman sambil disaksikan Sufian (kiri), Hasbi, Paulus, Dahlan dan ahli majlis lain.
TERIMA KASIH: Niti menyerahka­n cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman sambil disaksikan Sufian (kiri), Hasbi, Paulus, Dahlan dan ahli majlis lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia