Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan kes kebakaran rumah panjang dilapor empat bulan pertama 2018

-

SIBU: Sebanyak lapan kes kebakaran rumah panjang membabitka­n 169 pintu dengan nilai kerugian kira-kira RM12,890,550 dilaporkan di Sarawak dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Nor Hisham Mohammad ketika mendedahka­n perkara itu berkata, RM4,796,000 nilai harta benda bagaimanap­un berjaya diselamatk­an.

“Tahun lalu sebanyak 26 kes kebakaran rumah panjang membabitka­n 331 pintu direkodkan di seluruh negeri dengan nilai kerugian harta benda sebanyak RM19,359,350

“Daripada jumlah itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berjaya menyelamat­kan harta benda bernilai RM14,986,000,” katanya kepada pemberita semalam.

Justeru, Nor Hisham mengingatk­an orang ramai khususnya mereka yang meraikan sambutan perayaan Hari Gawai Dayak supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak berlakunya insiden kebakaran.

Ditanya mengenai punca utama insiden kebakaran rumah panjang pada tahun lepas, beliau menjelaska­n tujuh kes daripadany­a adalah disebabkan aktiviti memasak, manakala 11 kes berpunca daripada elektrik (kerosakan).

Menurut Nor Hisham, pihaknya pada tahun ini telah merekodkan satu kes yang berpunca daripada aktiviti memasak, manakala tiga kes disebabkan elektrik.

Katanya, orang ramai dinasihatk­an supaya tidak menggunaka­n peralatan elektrik tanpa kelulusan SIRIM serta jangan melakukan sambungan terlalu banyak peralatan pada satu punca kuasa elektrik.

Beliau juga memberi amaran supaya tidak melakukan aktiviti barbeku yang terlalu dekat dengan rumah terutama rumah struktur kayu.

“Adalah penting untuk memastikan api telah dipadamkan sepenuhnya sebelum meninggalk­an tapak barbeku untuk mengelakka­n api ditiup angin,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau menekankan aktiviti memasak tidak boleh ditinggalk­an tanpa pengawasan.

Menyentuh pengatur gas, beliau menasihatk­an supaya ia dimatikan jika gas tidak digunakan untuk jangka masa yang lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia