Utusan Borneo (Sarawak)

MIROS seru pengguna hati-hati memandu pada musim perayaan

-

SIBU: Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) menasihati pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika memandu pada musim perayaan akan datang dengan mematuhi semua peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan.

Pengerusi MIROS Tan Sri Lee Lam Thye berkata demikian memandangk­an jumlah trafik dijangka meningkat menjelang sambutan Gawai Dayak tidak lama lagi.

“Bagi mereka yang hendak memandu pulang ke kampung, harus memberi perhatian yang lebih. Pemandu mesti memastikan mereka berehat dengan secukupnya sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

“Ini kerana keletihan boleh menyebabka­n sesuatu kemalangan berlaku. Saya fikir ini adalah sesuatu yang melibatkan seseorang individu itu sendiri.

“Paling penting dalam apa jua yang mereka lakukan, keselamata­n tidak boleh diambil mudah begitu sahaja,” ujarnya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Menyentuh mengenai mereka yang pulang meng- gunakan pengangkut­an sungai terutama bot ekspres, beliau menegaskan penumpang harus memberi keutamaan kepada soal keselamata­n.

“Patuhi semua peraturan keselamata­n dan gunakanlah jaket keselamata­n. Jangan naik bot ekspres yang telah sarat dengan penumpang.

“Bot ekspres tidak boleh membawa penumpang melebihi had yang ditetapkan kerana ini boleh menimbulka­n bahaya kepada penumpang,” katanya.

Jumlah penumpang yang menggunaka­n bot ekspres dijangka meningkat mulai hujung minggu depan, setelah cuti sekolah bermula dan sempena sambutan Gawai Dayak.

Seperti kebiasaan, destinasi bot ekspres ke Kapit dan Song akan menjadi tumpuan penumpang yang hendak pulang ke kampung halaman masing-masing.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia