Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan gabungan baharu diyakini dapat teruskan perjuangan Sarawak

-

KUCHING: Perjuangan melindungi kepentinga­n dan hak Sarawak yang sah akan dapat diteruskan jika partiparti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak bersatu membentuk gabungan baharu.

Penganalis­is politik Datuk Peter Minos berkata, cadangan penubuhan gabungan baharu itu itu merupakan idea yang hebat, lebih-lebih lagi sekarang berlaku perubahan dan pergerakan politik baharu.

“Tahniah kepada PBB ( Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) atas idea bagus dan baik ini.

“Seperti dinyatakan berulang kali, sesiapa pun Perdana Menteri – sekarang Tun Dr Mahathir Mohamad – dan mana- mana parti politik, sekarang Pakatan Harapan menjaga kerajaan, rakyat Sarawak mesti terus bersatu menjaga hak-hak dan kepentinga­n mereka.

“Kepentinga­n- kepentinga­n ini termasuk memulangka­n sepenuhnya kuasa Sarawak seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63), menikmati hasil daripada minyak dan gas, penggunaan bahasa Inggeris, melindungi hak-hak sedia ada ke atas tanah, balak dan sumber asli lain dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, hanya rakyat Sarawak yang boleh menjaga semua kepentinga­n dan hak itu.

Justeru ujarnya, amat penting untuk rakyat Sarawak berfikir dan bertindak bersama walaupun berbeza fahaman politik.

Menurutnya, jika rakyat Sarawak tidak bersatu dan berpecah belah disebabkan politik atau faktor lain, suatu hari nanti tidak ada pihak yang akan menjaga kepentinga­n dan hak-hak sah negeri ini.

“Sabah tidak mempunyai suara lantang dalam apa jua perkara apabila parti dari Semenanjun­g Malaysia, UMNO datang dan mendominas­i (politik negeri itu).

“Sekarang rakyat Sabah lebih baik selepas mendapat kerajaan di bawah parti politik Sabah iaitu Warisan tetapi ‘ mesra’ kepada kerajaan persekutua­n Pakatan Harapan,” katanya.

Minos yang juga Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan berkata, Sabah dan Sarawak mahu ‘ hubungan seperti itu dengan kerajaan persekutua­n’ sejak 1963, ia merupakan satu realiti dan jika perkara itu diabaikan, segala perkara akan menjadi sukar.

“Maknanya, rakyat Sabah dan Sarawak suka dan cintakan Malaysia. Mereka hanya mahu menjaga negeri mereka sendiri dengan cara mereka sendiri dan oleh pemimpin mereka sendiri.

“Sekarang kerajaan persekutua­n di tangan Pakatan Harapan, selepas rakyat menyatakan­nya dengan bebas, kita mesti menghormat­i suara rakyat, Perdana Menteri dan kerajaan persekutua­n,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Sarawak tiada pilihan melainkan bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n dan Perdana Menteri sebaik mungkin.

Tambahnya, tiada cara untuk Sarawak menentang Perdana Menteri dan kerajaan persekutua­n, maka semua pihak mesti bekerjasam­a sebagai satu kumpulan yang bersatu agar suara Sarawak didengari.

“Jika kita boleh mencontohi Sabah, kita akan menjadi satu suara Sarawak yang bersatu dalam ketulusan dan dalam perkongsia­n dengan kerajaan persekutua­n.

“Saya boleh menyatakan rakyat Sarawak tidak sabar menunggu apa yang bakal berlaku seterusnya,” katanya. SARIKEI: Pertubuhan Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Sarikei menganjurk­an majlis makan malam sempena Hari PPWS Ke-56, baru-baru ini.

Upacara perasmian majlis ini disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Huang menyeru agar golongan wanita, khususnya ahli-ahli PPWS terus bergiat aktif dan sentiasa berusaha memajukan diri dalam kerjaya dan rumah tangga.

Katanya, pada zaman ini golongan wanita perlu bersedia menghadapi cabaran dan saingan jika ingin berjaya dalam hidup.

“Golongan wanita perlu bangkit dan bijak memanfaatk­an segala peluang yang ada untuk memajukan diri.

“Semangat dan kecekalan diri perlu ada kerana setiap kejayaan dan kecemerlan­gan yang dicapai bukannya sesuatu yang mudah untuk diraih dan dinikmati,” katanya pada majlis yang diadakan di se- buah restoran di sini.

Majlis dihadiri 22 kumpulan PPWS dari daerah Sarikei merangkumi lebih 1,000 ahli.

Hadir sama Timbalan Pengerusi PPWS Sarawak Nor- janah Razali, Pengerusi PPWS Sarikei Haidah Noor, Timbalan Pengerusi PPWS Sarikei Chuong Chan Ho, Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS) Wong Zhi Ying serta ahli-ahli PPWS yang lain.

 ??  ?? ERATKAN PERPADUAN: Huang menghadiri majlis makan malam sempena Hari PPWS Ke-56.
ERATKAN PERPADUAN: Huang menghadiri majlis makan malam sempena Hari PPWS Ke-56.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia