Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha gigih guru demi kejayaan bangun potensi murid

Pembelajar­an masa kini mencabar memerlukan pengetahua­n Internet, pembelajar­an dalam talian

- Oleh Saleman Senin

BETONG: Usaha gigih guru tanpa memikirkan kepentinga­n diri dan tidak mengharapk­an ganjaran demi memastikan kejayaan murid adalah sesuatu yang membanggak­an.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Saka Abang Willington Abang Godam mengharapk­an kesungguha­n semua warga SK Saka dalam membangunk­an potensi murid akan membentuk murid yang lebih cemerlang dan berjaya.

“Kekuatan kita adalah persefaham­an antara warga sekolah dan PIBG serta orang ramai yang sentiasa memberi kerjasama jika diperlukan.

“Ini adalah serampang dua mata yang boleh diguna pakai dalam menentukan keberhasil­an sekolah bagi mencipta kejayaan murid,” katanya.

Beliau berkata demikian se-

Kekuatan kita adalah persefaham­an antara warga sekolah dan PIBG serta orang ramai yang sentiasa memberi kerjasama jika diperlukan.

masa berucap pada Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah berkenaan kelmarin.

Tambahnya, pembelajar­an masa kini yang semakin berdaya saing dan memerlukan pengetahua­n mendalam dalam bidang Internet dan pembelajar­an dalam talian adalah sesuatu yang amat mencabar.

“Penciptaan pelbagai bentuk pembelajar­an yang diperlukan dalam usaha mewujudkan nilai tambah memberti persaingan yang perlukan pengetahua­n yang lebih mencabar buat guru mendalami ilmu yang diguna pakai dalam pembelajar­an.

“Selain itu, kewujudan pelbagai sistem yang merangkumi media massa yang canggih pada masa sekarang menambahka­n lagi cabaran kepada sistem pembelajar­an.

“Oleh itu, dalam kita ‘merelakan’ anak-anak untuk melayari sistem pendidikan yang ada dan memberi keperluan buat pembelajar­an mereka, jangan sampai melalaikan.

“Pantau anak-anak takut ada yang salah penggunaan kebebasan yang diberi sehingga melayari laman sesawang yang salah,” tegasnya.

Willington turut melahirkan kebanggaan atas kejayaan murid yang mewakili bahagian Betong dalam Projek Inovasi Bahan Bantu Mengajar Sekolah Rendah pada Konvensyen Hepili Negeri Sarawak 2018 pada 14 hingga 16 Mei di Kuching.

Sambutan diraikan bersama exco PIBG dan ibu bapa murid yang datang memeriahka­n majlis.

Rakan Amanita dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong yang diketuai Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah IPD Betong Inspektor Chew Che Sin berkesempa­tan menyampaik­an slot ceramah berkaitan jenayah dan keselamata­n wanita turut menyerikan program berkenaan.

Turut hadir Penolong Kanan 1 Michael Langgie Edward Ambin, Timbalan Yang Dipertua PIBG Donny, para penolong kanan, guru-guru dan ibu bapa murid.

Abang Willington Abang Godam Guru Besar SK Saka

 ??  ?? SIMBOLIK: Willington mengetuai barisan guru SK Saka memotong kek Hari Guru sekolah berkenaan.
SIMBOLIK: Willington mengetuai barisan guru SK Saka memotong kek Hari Guru sekolah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia