Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tatau sederhana tapi meriah

-

TATAU: Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tatau disambut secara sederhana tetapi meriah dengan pelbagai aktiviti diadakan, antaranya, penganjura­n pelbagai persembaha­n dan anugerah khas Hari Guru di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Kelawit yang juga pengelola majlis sambutan itu kelmarin.

Perasmian majlis yang bertemakan ‘ Guru Pemacu Transforma­si Pendidikan’ itu disempurna­kan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tatau Mohd Nor@ Tana Abdullah.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua (YDP) Majlis Guru Besar Daerah Tatau Tony Madup, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau Nazari Harun, Guru Besar SK Kelawit merangkap pengerusi pengelola majlis Hamdana Osman, Pengetua SMK Tatau Peter Use Lenjau, YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kelawit Tuai Rumah Gilbert Ngadi, Guru Besar SK Tatau Janudian Abdul Rahman dan Penghulu Lim Tchia Hong.

Mohd Nor berkata, semangat kerjasama antara sekolah dan masyarakat setempat perlu terus diperkukuh dalam usaha membantu meningkatk­an prestasi akademik pelajar di daerah itu.

Beliau menghargai dan berterima kasih atas usaha keras para guru mendidik para pelajar di daerah itu, sekali gus berharap usaha gigih para guru akan mampu melahirkan modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Selain itu, beliau turut menyeru guru-guru di daerah itu untuk memberi tumpuan kepada Pembelajar­an Abad Ke-21 (PAK 21) dalam sesi pengajaran dan pembelajar­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia