Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP bidas Chong gara-gara ‘perjanjian baharu’

-

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) membidas kenyataan oleh Pengerusi Pakatan Harapan ( PH) Sarawak Chong Chieng Jen, yang enggan melaksanak­an ‘ perjanjian baharu’ untuk Sarawak, sekali gus menganggap PH Sarawak tidak memenuhi janji pilihan raya mereka kepada rakyat di negeri ini.

“Semasa kempen pilihan raya umum ( PRU) ke- 14, PH secara jelas menyatakan dalam manifesto pilihan raya mereka, ‘Buku Harapan’, di bawah Janji 41 dan 47, bahawa sekiranya PH menjadi kerajaan pada hari itu, PH akan memastikan kemakmuran rakyat Sarawak dengan meningkatk­an royalti petroleum Sarawak kepada 20 peratus.

“PH juga mahu melaksanak­an penurunan kuasa kepada Sarawak, yang termasuk pengembali­an hasil cukai yang dikutip di Sarawak sebanyak 50 peratus kepada negeri ini,” kata Setiausaha Publisiti SUPP Pusat Adam Yii di sini, kelmarin.

“Malah Chong dalam pelbagai majlis yang dihadiriny­a, secara terbuka mengulangi janji- janjinya itu, termasuk dalam akhbar dan juga video- video kempennya sebelum ini, yang ditonton secara meluas melalui rangkaian sosial dan telefon bimbit,” ujar Adam lagi.

Beliau menambah bahawa SUPP mendapati tidak masuk akal untuk PH Sarawak mengatakan bahawa ‘perjanjian baharu’ itu tidak dilaksanak­an atas alasan kerajaan Sarawak tidak menandatan­gani Perjanjian Baharu yang disediakan PH Sarawak.

“Pertama sekali, kita mendapati PH Sarawak langsung tiada menyebut apa- apa mengenai ‘ perjanjian baharu’ dalam Buku Harapan dan mereka juga tidak ada menyatakan bahawa perjanjian yang harus ditandatan­gani Kerajaan Sarawak bagi membolehka­n PH menunaikan janji mereka.

“Malah ramai penduduk Sarawak juga telah menonton video kempen Chong, adakah dia pernah menyebut tentang ‘ perjanjian baharu’ sebagai syarat untuk PH memenuhi janji mereka? Tidak pernah pun mereka menyebutny­a,” tegasnya lanjut.

Yii berkata, SUPP juga ingat mengingatk­an PH bahawa segala janji yang mereka taburkan dalam manifesto mereka adalah janji yang mereka sendiri ikrarkan dengan rakyat Sarawak, bukan dengan kerajaan Sarawak.

“Apabila PH menaburkan janji- janji tersebut den- gan rakyat, dan rakyat memilih untuk mengundi mereka sebagai kerajaan pada pilihan raya umum ( PRU) yang lalu, ia adalah alasan yang cukup baik untuk PH mula bekerja memenuhi semua janji mereka untuk rakyat dan bukannya merekareka alasan karut,” ujar beliau lagi.

Tambahnya, SUPP mengesyaki PH pasti sukar untuk memenuhi janji- janji mereka kepada rakyat Sarawak.

“Oleh itu, Chong menuding jari menyalahka­n kerajaan Sarawak kerana tidak menandatan­gani perjanjian baharu, untuk menghindar­i tanggungja­wab dan janji- janji yang ditaburnya sendiri,” ujar Yii lanjut.

 ??  ?? YII
YII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia