Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja penyelengg­araan direman berhubung kes bunuh tiga beradik

-

TELUK INTAN: Seorang pekerja penyelengg­araan direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes tiga beradik yang maut akibat ditetak dengan parang di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh di Bagan Datuk, dekat sini, kelmarin.

Suspek berusia 35 tahun itu direman seminggu sehingga 24 Mei ini dan perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Majistret Syahdatul Kamila Zakaria di Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini semalam.

Terdahulu, suspek yang tiba kira-kira jam 8.55 pagi di pekarangan mahkamah yang berpakaian lokap warna oren dikawal ketat oleh anggota polis

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abd Rahman berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 petang kelmarin, tiga beradik berusia antara dua hingga lima tahun maut selepas ditetak oleh seorang lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Beliau berkata lelaki terbabit yang merupakan kenalan kepada keluarga mangsa telah menceroboh rumah keluarga berkenaan dengan bersenjata­kan parang lalu melibas ketiga-tiga kanakkanak itu Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Muhammad Faqhqih Zahirul Haq, 5, hingga mengakibat­kan kematian.

Katanya kejadian itu turut mengakibat­kan empat lagi parah, termasuk ibu mereka, Zuraidah Md Ali, 35, dan kakak sulung ketiga-tiga mangsa Nur Zurin Faziera, 9, seorang murid sekolah yang dikenali Aina, 9 serta seorang guru sekolah dikenali sebagai Ustaz Ridzuan, 40. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia