Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek tetak mati tiga beradik disahkan positif dadah: Polis

-

TELUK INTAN: Suspek kes bunuh tiga beradik yang maut ditetak di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh di Bagan Datuk dekat sini kelmarin didapati positif dadah jenis Metamfetam­ina dan ganja.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata siasatan awal polis mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berada di bawah pengaruh dadah namun dalam keadaan sedar semasa kejadian itu berlaku.

“Hasil siasatan ke atas suspek mendapati dia berada dalam keadaan sedar semasa kejadian tersebut kerana dia tahu siapa ( mangsa) yang hendak dicarinya.

“Ini kerana jarak rumah antara suspek dan mangsa hanya kira-kira 400 meter sahaja dan suspek merupakan rakan sekerja dan kenalan kepada bapa mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini semalam.

Mohd Marzukhi berkata suspek berjaya diberkas kirakira 45 minit selepas kejadian yang berlaku di dua lokasi iaitu di kediaman mangsa dan Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhammad.

“Selepas menetak ketigatiga beradik dan ibu mereka, suspek kemudian menuju ke sekolah itu yang terletak kira-kira 80 meter dari rumah mangsa,” katanya.

Beliau turut memaklumka­n seorang anggota polis mengalami kecederaan ringan akibat terkena parang ketika bergelut dengan suspek semasa mahu menahannya.

Ditanya sama ada kejadian berkenaan bermotifka­n dendam, Mohd Marzukhi ber- kata perkara itu masih dalam siasatan.

Dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, suspek yang bekerja sebagai penyelengg­ara di sebuah agensi kerajaan telah menceroboh rumah keluarga berkenaan dengan bersenjata­kan parang lalu melibas ketiga-tiga kanakkanak terbabit iaitu Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Muhammad Faqhqih Zahirul Haq, 5, hingga mengakibat­kan kematian.

Kejadian tersebut turut mengakibat­kan empat lagi parah, termasuk ibu mereka, Zuraidah Md Ali, 35, dan kakak sulung ketiga- tiga mangsa Nur Zurin Faziera, 9, seorang murid sekolah yang dikenali Aina, 9 serta seorang guru sekolah dikenali sebagai Ustaz Ridzuan, 40. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Suspek kes bunuh tiga beradik (dua kanan) diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret Teluk Intan direman selama tujuh hari bermulai semalam sehingga 24 Mei.
— Gambar Bernama DIREMAN: Suspek kes bunuh tiga beradik (dua kanan) diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret Teluk Intan direman selama tujuh hari bermulai semalam sehingga 24 Mei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia