Utusan Borneo (Sarawak)

Tokan dadah di Teluk Intan tumpas

-

TELUK INTAN: Polis menahan seorang lelaki berumur 57 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di daerah ini dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Changkat Jong, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata bertindak atas risikan, suspek yang dipercayai tokan dadah ditahan pada 2 petang bersama 60.47 gram dadah jenis heroin serta turut merampas alat penimbang dan peket plastik untuk tujuan pembungkus­an.

“Siasatan mendapati suspek yang mempunyai rekod lampau berhubung dadah telah aktif melakukan kegiatan tersebut sejak dua bulan lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini semalam.

Mohd Marzukhi berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan kini direman sehingga 20 Mei.

Sementara itu, Mohd Marzukhi berkata taktik satu sindiket memproses air ketum yang menjadikan sebuah rumah sewa di Chenderong Balai dekat sini sebagai lokasi memproses bahan larangan itu gagal mengaburi pihak berkuasa yang melakukan serbuan kelmarin.

Kata beliau, dalam serbuan jam 3.45 petang itu, polis menahan suspek berumur 32 ta- hun di rumah berkenaan yang telah menjalanka­n operasinya sejak dua bulan lepas.

“Ketika ditahan, suspek sedang memproses air ketum dipercayai untuk dijual kepada pembeli di luar daerah Hilir Perak.

“Hasil serbuan itu, polis merampas 43 liter air ketum dan dua plastik hitam berisi daun ketum seberat 32.5 kilogram serta alat memproses,” katanya.

Katanya suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau memperoleh daun ketum berkenaan daripada pembekal yang tinggal berdekatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 9 Akta Racun 1952. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia