Utusan Borneo (Sarawak)

Rogol pembantu rumah, ahli perniagaan dipenjara 14 tahun

-

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya warga Indonesia, dua tahun lalu.

Hakim Datin M. Kunasundar­y menjatuhka­n hukuman itu terhadap Sufian Sulaiman, 44, bapa enam anak, selepas pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dia didakwa merogol pembantu rumah berusia 19 tahun itu di sebuah rumah di Taman Bukit Cheras, di sini antara jam 3 dan 4 pagi pada hujung Julai 2016 mengikut Seksyen 376( 1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n permohonan tertuduh untuk penangguha­n pelaksanaa­n hukuman penjara tersebut sementara menunggu rayuan selesai di Mahkamah Tinggi dengan menaikkan wang jaminan RM12,000 kepada RM25,000 berserta seorang penjamin.

Tertuduh turut diperintah­kan melapor diri di balai polis berhampira­n dua kali sebulan selain pasport diserahkan ke mahkamah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hafizza Sauni memohon hukuman setimpal atas alasan perbuatan yang dilakukan tertuduh jijik dan kejam ekoran mangsa datang ke Malaysia untuk mencari rezeki namun kejadian ini pula telah berlaku.

“Saya memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman yang boleh memberi keinsafan kepada tertuduh dan keadilan kepada mangsa selain mengambil kira keterangan impak mangsa,” katanya.

Peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili Sufian memohon hukuman minimum kerana anak guamnya perlu menanggung dua isteri, enam orang anak berusia antara tiga dan 14 tahun dengan pendapatan yang tidak tetap selain ini merupakan kesalahan pertamanya.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia