Utusan Borneo (Sarawak)

Sindiket guna bas diubah suai seludup Rohingya ke sempadan Thai-Malaysia

-

BANGKOK: Sindiket pemerdagan­gan manusia didapati menggunaka­n bas ekspres yang diubah suai khusus untuk mengangkut pendatang tanpa izin etnik Rohingya dari Bangkok ke wilayah selatan berhampira­n sempadan Thai- Malaysia, sebelum menyeludup mereka ke Malaysia.

Polis Thai yang mengadakan operasi semalam mendapati beberapa bas ekspres yang berulang-alik bagi laluan Bangkok-Hatyai diubah suai dengan mewujudkan ruang rahsia untuk menempatka­n pendatang tanpa izin Rohingya bagi perjalanan ke selatan.

“Kami dapati bas ini mem- punyai ruang khas untuk menyembuny­ikan etnik Rohingya untuk diperdagan­gkan ke wilayah selatan. (Sebaik tiba di selatan) Mereka (pemerdagan­g) akan menyerahka­n etnik Rohingya ini kepada ejen yang akan menyeludup mereka ke Malaysia,” kata timbalan ketua polis pelanconga­n Mej Jen Surachet Hakpan selepas mengetuai operasi itu di sini.

Operasi itu turut disertai pegawai daripada Jabatan Pengangkut­an Darat yang mengesahka­n kewujudan bas khas yang diubah suai itu.

Menurut Surachet, polis telah pun mengenal pasti identiti lelaki warga asing yang bertindak sebagai dalang un- tuk memperdaga­ngkan etnik Rohingya ke selatan Thailand dengan menggunaka­n bas ekspres dan sedang menjejakin­ya untuk ditahan.

Pihak berkuasa turut mengeluark­an waran tangkap ke atas suspek yang disyaki dalang itu, katanya dan menambah, kira-kira 30 orang pemandu bas disiasat atas kemungkina­n bersubahat dengan jenayah itu.

Sekurang-kurangnya enam buah bas disyaki mewujudkan ruang khas itu yang tidak memenuhi peraturan standard yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkut­an Darat, kata Surachet.

Polis membongkar taktik terkini menggunaka­n bas ekspres untuk menyeludup Rohingya ke selatan Thailand susulan kes terbaharu di daerah Chaiya di wilayah Surat Thani.

Dalam kes itu, beberapa orang pendatang tanpa izin Rohingya didapati bersembuny­i di dalam ruang khas bas ekspres itu dan mereka ditahan sebelum sempat tiba di wilayah selatan.

Selain bas, pihak berkuasa Thai turut menahan pendatang tanpa izin Rohingya yang menaiki kereta api menghala ke selatan, dan para pegawai percaya mereka sedang berusaha untuk datang ke Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia