Utusan Borneo (Sarawak)

Saya dibawa ke Hutan Melintang, lihat ‘benda’ terbakar: Tertuduh keenam

-

KUALA LUMPUR: Tertuduh keenam dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia ada dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit di Hutan Melintang, Perak, beberapa hari sebelum kereta Kevin Morais ditemui terbakar di kawasan itu.

S. Nimalan, 25, berkata dia telah pergi ke ladang itu bersama bekas tertuduh kedua, G.Gunasekara­n atau nama panggilann­ya ‘Jay’ dan tertuduh ketujuh, S. Ravi Chandaran, yang merupakan bapa saudaranya.

Nimalan berkata ketika itu dia memandu kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton mengekori kereta Proton Perdana V6 dipandu Ravi Chandaran yang turut dinaiki Jay.

Pada prosiding kelmarin, Nimalan memberitah­u mahkamah kereta Proton Perdana itu adalah kereta sama yang terlibat kemalangan dengan kenderaan- nya di Jalan Menara Duta, pada 4 Sept 2015.

“Selepas perjalanan yang jauh (dari Subang Jaya), mereka memasuki jalan seperti ladang kelapa sawit. Selepas beberapa ketika melalui ladang itu, Ravi berhenti dan saya pun berhentika­n kenderaan saya di belakangny­a.

“Selepas itu Jay keluar dari kenderaann­ya, datang ke arah saya dan beritahu supaya saya tunggu di situ,” katanya ketika pemeriksaa­n utama peguam V.Rajehgopal pada perbicaraa­n hari ke-11 kes itu semalam.

Nimalan berkata Jay kemudian masuk semula ke dalam Proton Perdana itu dan memandu ke dalam ladang tersebut dan selepas kira-kira 20 minit kemudian, dia melihat Jay dan Ravi Chandaran berjalan kaki ke arah kenderaan Tritonnya.

“Mereka masuk ke dalam Triton. Saya tanya mana kereta (Proton Perdana), pada masa itu, saya nampak ada benda terbakar dari jauh di hadapan saya. Saya bertanya kepada Jay apa terjadi, Jay kata, ‘jangan ambil tahu apa-apa, hanya saya dan Ravi yang perlu tahu’,” katanya dan menambah, Jay kemudian menyuruhny­a memandu kenderaan Triton keluar dari ladang kelapa sawit itu.

Kepada soalan Rajehgopal pukul berapakah ketika itu, Nimalan berkata dia tidak pasti namun keadaan di situ gelap, tiada lampu dan hanya diterangi cahaya bulan.

Pada prosiding itu, lima tertuduh, R. Dinishwara­n, 26, A.K. Thinesh Kumar, 25, M. Vishwanath; 28, Nimalan dan Ravi Chandaran, 47, diwakili peguam Rajehgopal manakala seorang lagi, doktor tentera Kolonel Dr R. Kunaseegar­an, 55, diwakili peguam Datuk N.Sivanantha­n dan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Dinishwara­n, Thinesh Kumar, Vishwanath; Nimalan, Ravi Chandaran, dan Dr Kunaseegar­an, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Gunasekara­n yang merupakan bekas tertuduh kedua telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara dua tahun selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan menyembuny­ikan mayat dan menghapusk­an kenderaan Kevin Morais.

Mayat Kevin Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept 2015 selepas dilaporkan hilang pada 4 Sept 2015.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 6 Jun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia