Utusan Borneo (Sarawak)

Istiadat angkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia diadakan pada 21 Mei

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumka­n nama sembilan lagi Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang dilantik sebagai Menteri Persekutua­n.

Menurut kenyataan perdana menteri semalam, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi manakala Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Turut dilantik adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, Ketua Wanita PKR Datuk Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke (Menteri Pengangkut­an) dan Naib Presiden DAP M. Kulasegara­n ( Menteri Tenaga Manusia).

Turut tersenarai adalah T i m b a l a n P r e s i d e n AMANAH Salahuddin Ayub (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), Penga-

Pelantikan itu adalah mengikut Perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembaga­an Persekutua­n. Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

rah Stretegi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan) dan Ahli Parlimen Titiwangsa Rina Harun (Menteri Pembanguna­n Luar Bandar).

Pengumuman itu menjadikan barisan kabinet kini 14 orang susulan pengumuman sebelum ini yang menamakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan selain Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga.

Menurut kenyataan itu, Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadan- gkan.

“Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutua­n akan diadakan pada Isnin, 21 Mei 2018 jam 11.30 pagi di Istana Negara.

“Pelantikan itu adalah mengikut Perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembaga­an Persekutua­n,” kata Dr Mahathir.

Terdahulu, Perdana Menteri telah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 5 petang semalam untuk menyerahka­n senarai tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA MEMORANDUM: Menteri Shaarani (dua kiri) menerima memorandum daripada Penasihat Persatuan Jaringan Ibu bapa Pencinta Pendidikan Bahasa Zhong Hua (Jia Zong) Edward Neoh Chuan Tat di Yayasan Kepimpinan Perdana dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama TERIMA MEMORANDUM: Menteri Shaarani (dua kiri) menerima memorandum daripada Penasihat Persatuan Jaringan Ibu bapa Pencinta Pendidikan Bahasa Zhong Hua (Jia Zong) Edward Neoh Chuan Tat di Yayasan Kepimpinan Perdana dekat Putrajaya, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MENGHADAP: Sultan Muhammad menerima menghadap oleh Tun Mahathir (kiri) di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MENGHADAP: Sultan Muhammad menerima menghadap oleh Tun Mahathir (kiri) di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia