Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan ke program asasi, diploma dan setaraf diumumkan 21 Mei ini

-

KUALA LUMPUR: Status keputusan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Asasi, Sijil dan Diploma 2018/2019 bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan mulai Isnin ini dari jam 12 tengah hari.

Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan semalam berkata pemohon boleh mendapatka­n status permohonan dengan menghubung­i talian hotline 03-8870 8200, saluran UPUPocket, laman web Universiti Awam (UA) terpilih, laman web UPU dan menggunaka­n khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888.

“Pemohon yang berjaya akan mendapat surat tawaran yang dikeluarka­n sendiri oleh Universiti Awam (UA), politeknik, kolej komuniti serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA),” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, tawaran tempat bagi sesi akademik 2018/2019 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.

Bagi pemohon yang gagal ke UA dan politeknik premier, mereka boleh menge- mukakan rayuan di laman web http:/ upu. mohe. gov. my dalam tempoh lima hari bekerja sahaja mulai 21 Mei (12.00 tengah hari) sehingga 25 Mei (11.59 malam).

Manakala bagi politeknik konvension­al atau metro, kolej komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat terus dengan mengemukak­an permohonan kepada agensi berkaitan.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftara­n pelajar baharu dilaksanak­an, kata kenyataan itu.

Sementara itu Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) akan membuka kaunter khidmat runding cara permohonan kemasukan ke UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA di bangunan KPT, Putrajaya.

Kaunter berkenaan bertujuan memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapat rundingan secara lebih jelas akan bermula 21 Mei hingga 13 Jun dari 8.30 pagi ke 4.00 petang (Isnin hingga Jumaat), kata kenyataan itu lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia